• Buku,  Inspirasi

    27 Habit Untuk Menjadi Penulis Bestseller

    Setiap kali pulang ke kampung, anak saudara saya yang berusia 5 tahun itu (sekarang 7 tahun) mesti mahu menonton Charlie and the Chocolate Factory. Pada usia 5 tahun, dia sedikit sebanyak dah boleh faham cerita ini walaupun dalam bahasa Inggeris. Kami selalu mengusiknya. Tak bosan-bosan ke? Tapi masih juga mahu ditontonnya filem lakonan Johnny Depp. Depp juga antara pelakon kegemaran saya. Jadi, makcik ini pun layan juga lah cerita Charlie and the Chocolate Factory. Filem muzikal yang penuh warna-warni, namun banyak pengajaran kepada penonton. Filem ini diadaptasi daripada buku kanak-kanak yang terkenal dengan judul yang sama karya Roald Dahl. Ia menceritakan tentang Charlie yang mendapat tiket emas untuk masuk ke…

  • Buku,  Inspirasi

    What I Learnt From The Last Lecture by Randy Pausch

    Apakah yang kita lakukan jika kita tak punya banyak masa lagi untuk hidup? Jika soalan ini diajukan kepada saya, saya belum ada jawapannya. Seeloknya saya mula memikirkan hal ini. Lagipun, usia semakin meningkat, bermaksud tidak banyak lagi masa yang berbaki untuk bertemu Tuhan. Randy Pausch menghidapi kanser pankreas. Seorang profesor di Carnegie Mellon. Beliau meninggal dunia pada 25 Julai 2008. Pada akhir hayatnya, Prof Randy memberi kuliah yang berjudul The Last Lecture. Kemudian, buku dengan judul yang sama ditulis dan menjadi buku bestseller sehingga hari ini. Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian kelima ialah ‘It’s About How to Live Your Live.’ Dalam entri ini, saya mahu berkongsi beberapa saranan…

  • Umum

    Lupa, Kebaikan Yang Kita Tak Sedari

    Sehingga hari ini saya tak dapat mengingati kuih yang arwah bapa saya inginkan semasa ke Bazar Ramadan buat kali akhirnya. Hari itu, bapa bersiap-siap dan mahu ke kedai katanya. Jam sudah pukul 6 petang. Dia pada mulanya mahu memandu sendiri. Tapi, kami tak benarkan. Jadi, saya yang menemankan. Kami pergi ke kedai taukey di Taman Bunga Ros. Kedai itu tempat kami membeli barang sekolah sewaktu saya masih di sekolah rendah. Itu bermaksud sudah lebih 30 tahun lamanya kami menjadi pelanggan mereka. Tauke itu masih mengingati bapa saya, berbasa basi bertanya khabar. Bapa membelek sampul duit raya yang ada dijual di kedai itu. Tak banyak pilihan. Dia membeli beberapa paket. Memang…

  • Travel,  Umum

    Kopi, Teh dan Cara Saya Belajar Menikmatinya

    Peminat kopi mengatakan, kopi enak dinikmati tanpa gula. Tapi, saya tidak pandai. Hanya baru-baru ini saya cuba minum kopi + susu segar + sedikit gula. Pahit rasanya jika minum kopi begitu sahaja. Kata orang, dengan cara ini barulah dapat merasai rasa kopi yang sebenar. Jujur, saya bukan peminat kopi yang tegar. Tapi saya masih boleh menikmatinya. Bukan menjadi kemestian untuk minum kopi setiap hari. Semasa singgah di rumah Normi, dia menghidangkan kopi yang dibru menggunakan serbuk kopi berjenama. Sedap juga, tapi pahit. Pernah saya membaca tentang kopi dan sejarahnya, ditulis oleh Johan Radzi. Satu pengetahuan yang menarik. Asal perkataan kopi itu mungkin terkait dengan perkataan Arab iaitu Qahwah. Semasa ke…

  • Umum

    Menciptakan Kesempatan

    Saya menghubungi seorang sahabat. Kali akhir kami bertemu semasa Ramadan yang lalu. Syawal masih diraikan. Saya mencari kesempatan supaya kami dapat berjumpa. Dia yang melawat sahabatnya di Kluang. Saya kira tentu boleh, apatah lagi dipelawa sama menziarah ke rumah kenalannya itu. Maka, kesempatan dicipta. Johor Bahru dan Kluang tidaklah jauh. Saya boleh memandu. Sejam lebih sahaja perjalanannya. Sementelah, saya menerima pesanan ringkas di aplikasi Whatapps. Pengedar meminta saya menghantar buku dengan kadar segera. Walaupun rasa ‘malas’ menyinggah, tapi lenyap terus kerana sahabat saya tadi akan menemankan separuh perjalanan ke Kuala Lumpur. Kesempatan yang saya syukuri. Kami berbual-bual dalam kereta, tak sedar yang saya sudah memandu melebihi 100 km. Seorang lagi…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial