GST

10 Fakta GST di Thailand

1. GST diperkenalkan pada tahun 1992.
2. Kadar cukai asal 10 peratus.
3. Kadar cukai diturunkan pada tahun 1998 kepada 7 peratus kerana kegawatan ekonomi.
4. Cadangan menaikkan semula kadar cukai kepada kadar asal telah ditangguhkan beberapa kali. Terkini, sepatutnya kadar itu naik kepada 10 peratus pada 1 Oktober 2014 tetapi dilanjutkan hingga September 2015. Kadar masih kekal pada 7 peratus.
5. Cukai pendapatan syarikat ialah 20 peratus. Cukai pendapatan individu di antara 5 hingga 35 peratus secara progresif.
6. Hanya peniaga dengan pendapatan THB 1,800,000 (lebih kurang RM181,000) wajib mendaftar untuk mengutip cukai.
7. Perkhidmatan pengangkutan, perubatan dan pendidikan tidak dikenakan cukai.
8. Kadar inflasi dari tahun 1992 hingga 1994 turun naik di antara 4 hingga 6 peratus.
9. Purata kadar inflasi sejak 1977 hingga 2014 ialah 4.5 peratus.
10. Cukai perniagaan khas (Specific Business Tax) dikenakan untuk beberapa jenis perkhidmatan seperti perbankan, kewangan, pajak gadak dan insurans hayat. Kadar cukai ialah di antara 0.1 peratus hingga 3.0 peratus.