Blog

10 Pencetus Idea (Writing Prompts) Penulisan Kreatif

Saya mengikuti dan membaca semua entri blogger yang menyertai cabaran 31 hari menulis di blog. Hampir semua peserta berjaya menulis 70% entri sehingga hari ini. Masing-masing cuba sehabis baik untuk menulis satu entri setiap hari.

Cabaran yang dibuat untuk mendorong diri menulis nampaknya membuahkan hasil. Saya dapat melatih diri menulis setiap hari (ada juga berselang seli) secara konsisten. Saya dapat maklumat baru, sudut pandang baru dan cara persembahan yang tidak saya jangkakan daripada penulis atau rakan yang saya kenali.

Bagi bulan Ogos, saya mahu cuba cabaran penulisan kreatif. Saya mengumpulkan pencetus idea (writing prompts) daripada laman web Reedsy. Saya pilih 9 sahaja daripada lebih 500 idea untuk menulis. Saya ubah sedikit mengikut kesesuaian.

Penulisan kreatif boleh dihasilkan dalam bentuk cerpen, puisi atau dialog. Mahu hasilkan video atau vlog daripada pencetus idea? Mengapa tidak. Saya tambah satu tugasan vlog iaitu buku yang dibaca dalam bulan Ogos. Anda bebas berkarya menggunakan pencetus idea yang saya berikan.

Anda boleh jadikan penulisan anda berunsur misteri, romantis, jenaka, seram, thriller, jenayah atau umum.

10 pencetus idea penulisan kreatif untuk bulan Ogos 2019:

1 – Tulis kisah tentang watak yang bermasalah dengan arah dan sering sesat.

2 – Mulakan kisah dengan “Pada suatu hari…”

3 – Anda pergi ke kedai kopi dan memesan minuman seperti biasa. Barista menyerahkan sesuatu kepada anda.

4 – Peristiwa sejarah yang anda mahu saksikan. Tulis kisah anda.

5 – Gambarkan Kota Melaka pada tahun 1511 daripada padangan seorang pelayar.

6 – Anda mengeluarkan resit lama daripada dompet. Salah satu resit itu mempunyai mesej.

7 – Tulis kisah dengan menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu ‘kau’ atau ‘kamu’.

8 – Tulis cerita pendek menggunakan dialog sahaja.

9 – Anda tinggal di kota yang sibuk dan sesak dengan trafik. Pada suatu pagi anda bangun dan suasana senyap sunyi.

10 – Vlog tentang buku atau novel yang anda baca bulan ini.

Caranya:
Tempoh menulis 1 Ogos 2019 – 31 Ogos 2019.
Tulis cerita pendek berdasarkan pencetus idea yang diberikan.
Boleh tulis mengikut turutan sehingga siap 10 entri.
Panjang entri lebih 500 perkataan.
Disarankan tulis 2 – 3 entri seminggu.

Tidak tahu menulis cerpen atau menulis kreatif? Anda tidak keseorangan kerana saya juga kurang mahir menulis cerpen atau karya kreatif. Saya akan sediakan 31 pencetus idea untuk bulan Ogos 2019. Boleh pilih untuk gunakan pencetus idea yang disukai atau buat semua sekali. Hasilnya 41 entri di blog pada bulan Ogos 2019.

Selamat menulis.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial