Apakah layanan GST untuk pembekalan kepada jabatan kerajaan?

Pembekalan barang tidak perlu dikenakan GST. Namun pembekalan perkhidmatan akan dikenakan GST pada kadar standard. Persoalan: Sekiranya ada jabatan yang meminta pembekal tidak mengenakan GST ke atas pembekalan perkhidmatan, apa yang perlu dilakukan? Penjelasan dan cadangan: Seharusnya Jabatan itu merujuk kepada pihak Kastam. Sebagai orang berdaftar, syarikat akan mengutip GST ke atas perkhidmatan yang disediakan.…

Adakah perlu membeli sistem akaun untuk GST?

Sistem perakaunan yang bagus dan mematuhi keperluan GST akan memudahkan orang berdaftar menjana dokumen seperti invois cukai dan merekod perbelanjaan yang dikenakan cukai. Pada akhir tempoh bercukai, sistem ini juga boleh menjana laporan penyata cukai dan maklumat di dalam laporan itu diperlukan untuk mengisi Penyata Cukai GST-03. Tanpa sistem perakaunan, agak sukar untuk orang berdaftar…

Bila perlu menghantar Penyata Cukai GST-03?

  Penyata Cukai iaitu GST-03 perlu difailkan mengikut tempoh bercukai orang berdaftar. Tempoh bercukai ditetapkan mengikut jumlah pendapatan tahunan peniaga. Penyata cukai perlu difailkan setiap bulan jika pendapatan bercukai melebihi RM5 juta. Manakala, peniaga dengan pendapatan kurang RM5 juta perlu memfailkan penyata setiap 3 bulan. Peniaga yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta tetapi ingin memfailkan…

Bagaimana memohon invois cukai penuh daripada pembekal?

Puan A berkongsi bagaimana beliau memohon invois cukai penuh daripada pembekal. Kedai atau pasaraya biasanya mengeluarkan invois cukai dipermudah. Invois atau resit ini tidak mengandungi maklumat pembeli iaitu nama, alamat dan GST ID. Maksima cukai yang boleh dituntut apabila merujuk invois cukai dipermudah hanya RM30 untuk pembelian berjumlah RM500. Ambil langkah seperti dalam gambarajah ini. Pastikan anda menyimpan…

Bagaimana peniaga menyerap GST?

Sebuah pasaraya dengan rangkaian kedai di seluruh negara mengumumkan syarikatnya akan menyerap GST. Bagaimana ia dilakukan? Saya menggunakan ilustrasi berikut untuk memberi penjelasan ringkas. Namun, ia tidak menggambarkan keseluruhan strategi bisnes syarikat berkenaan. Contoh yang diberikan adalah untuk memudahkan kefahaman pembaca. GST bukan kos kepada peniaga berdaftar =============================== Dalam menetapkan harga pasca GST, peniaga merujuk…