• Aktiviti

    SONY Event Street Photography: Zanariah Salam

    Minggu akhir tahun 2019. Saya menyertai Street Photography anjuran SONY dengan bimbingan Zanariah Salam. Istimewanya acara ini, pihak SONY memberi peserta satu unit kamera (on loan) untuk digunakan sepanjang aktiviti Street Photography. Lokasinya di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Saya parkir kereta di depan Pejabat POS Besar. Saya gunakan MBJB Spot untuk membayar kadar parkir RM3 selama 5 jam. Pukul 1.30 petang saya mesti beredar untuk mengelakkan didenda. Kami berjumpa di depan Amphawa Boat Noodle, salah sebuah restoran yang terletak di Jalan Ibrahim. Sedikit taklimat ringkas diberikan dan setiap peserta diberi satu unit kamera. Saya dapat kamera model A6400. Kamera ini ada skrin ’tilt’ dan badan kamera sederhana besar.…

  • Gaya Hidup

    Minimalis

    Kawan hantar gambar sepinggan mi goreng yang disediakan untuk sarapan pagi. Mi goreng dengan bebola ikan dan kobis. Dia kata, teringin nak makan mi goreng mamak. Tapi guna apa bahan yang ada jadilah mi goreng ‘simple’. Mi goreng minimalis. Barang kali. Lalu saya pun terinspirasi untuk masak mi goreng juga. Ada satu pek Numie Gardenia, cenderamata kenduri kahwin. Cukuplah buat saya sarapan pagi. Tapi, mi goreng saya tak jadi minimalis. Saya bubuh udang, sawi, tepung goreng, kentang dan tauhu. Tak lupa juga telur dua biji. Semua bahan ini memang sudah ada dalam peti sejuk dan rak dapur saya. Nak sedia mi goreng ‘minimalis’, mungkin kawan saya itu ambil masa 15…

  • Nota Haji,  Umum

    Kursus Asas Haji 1441H/2020M Johor Bahru, Pasir Gudang & Kulai

    Saya terima surat maklumat tentang kursus Haji bagi tahun 1441H/2020M. Walaupun bukan surat pemberitahuan jemputan Haji, maklumat ini sangat berguna. Saya boleh hadir kursus haji yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji di Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai. Kursus asas haji ini diadakan di 8 lokasi bermula pada minggu ini sehingga awal bulan Mac 2020. Saya sertakan jadualnya di sini. Kursus ini terbuka kepada orang awam yang berminat mempelajari tentang Haji. Jadual seperti berikut: MASJID TARIKH HARI MASA Masjid Jamek Taman Perling, JB 14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai 14/12/19 – 7/3/2020 Sabtu 8.15 pg – 11.15 pg Masjid…

  • Buku

    Backpack Brunei: Datang Disambut Taufan oleh Normi Nas

    Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Normi berdepan dengan situasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku semasa tahun 2015 apabila Normi ke Brunei dalam bulan Ramadhan. Detik cemas dirasai oleh semua penumpang penerbangan Air Asia. Bayangkan cuaca buruk yang dialami ketika mahu mendarat. Normi ada berkongsi status tentang peristiwa ini di Facebook dan menjadi viral. Membaca semula dengan lebih terperinci catatan Normi menimbulkan keinsafan dalam diri. Dekat atau jauh musafir kita ini, belum tentu kita dapat tiba dengan selamat. Hanya takdir Allah yang menentukan. Pastinya kita mahu sampai di destinasi yang dituju dengan rasa tenang dan gembira. Alhamdulilah, Normi dan semua penumpang selamat. Naskhah ini juga sangat istimewa kerana saya bersama Normi…

  • Buku

    Before the Coffee Gets Cold oleh Toshikazu Kawaguchi

    ‘If you could go back, who you would want to meet?’ Soalan yang mudah, tapi membuatkan saya berfikir sejenak. Saya ajukan di Facebook, ramai rakan yang memberi respon. Kebanyakan berkongsi keinginan mahu bertemu ibu bapa yang telah tiada atau moyang atau diri sendiri pada waktu yang telah berlalu. Soalan ini menjadi tema utama dalam novel Before the Coffee Gets Cold oleh Toshikazu Kawaguchi. Saya membaca versi bahasa Inggeris yang diterjemah oleh Geoffrey Trousselot. Cafe Funiculi Funicula terletak di Tokyo. Lokasinya di bawah tanah dan pelanggan boleh menemui di salah satu lorong yang sunyi. Sebuah kedai kopi lama namun dipercayai dapat membawa seseorang merentasi masa. Namun, dengan syarat tertentu. Hanya ada…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial