• Umum

    Kecewa

    Orang sering memperkatakan tentang azam baru, impian dan cita-cita yang mahu dicapai. Mungkin juga cinta yang mahu digapai. Tahun 2020, suatu waktu dahulu menjadi milestone untuk Wawasan 2020. Namun sekarang nampaknya ramai yang kecewa. Tidak menjadi seperti yang diharapkan. Tapi, saya tak mahu menulis tentang Wawasan 2020. Saya nak menulis tentang rasa kecewa. Di mana-mana pada awal tahun baru ini, mungkin cerita tentang azam dan resolusi tahun baru sudah menjadi ‘basi’. Asyik-asyik memperbaharui azam yang tidak tertunaikan atau tidak tercapaikan. Mari kita menulis tentang kecewa. Satu bentuk rasa dan perasaan seorang manusia. Apabila apa yang diinginkan tidak berlaku, apa yang diharapkan tidak menjadi, apa yang dijangka terjadi sebaliknya. Malahan, boleh…

  • Blog

    31 Pencetus Idea Menulis di Blog Januari 2020

    Selamat datang tahun baru. Dekad yang baru. Masa kanak-kanak, tak terfikir yang saya akan berada pada tahun 2020. Tapi ya, sekarang kita masih ada di sini. Di saat ini. Apa nak tulis untuk tahun ini? Sahabat blogger kongsi kosa kata Melayu bagi unsur alam. Saya baca senarai 35 perkataan itu yang ditwit oleh @nrhanishh. Indah belaka. Kalau dapat kita jadikan puisi atau pantun atau cerita pendek, mungkin menarik. Selain itu, mempopularkan semula kosa kata Melayu yang jarang digunakan. Apabila saya lihat semua kosa kata Melayu itu, nampak kaya bahasa kita dengan perkataan yang indah. Cuma sahaja, ia tidak lagi biasa dalam kalangan generasi milenium. Berikut adalah senarai kosa kata Melayu…

  • Buku

    #bestnine Buku Yang Saya Baca pada tahun 2019

    Saya tak mencatat dengan tepat jumlah buku yang dibaca dalam tahun 2019. Bila ditanya buku apa yang terbaik untuk tahun lepas, barulah saya senaraikan 9 buku menarik yang saya baca. Antaranya ada yang saya pinjam daripada perpustakaan dan rakan. The Last Lecture, Randy Pausch Gelas Separuh Penuh, Affendi Salleh Before the Coffee Gets Cold, Toshikazu Kawaguchi Ikarus, S.M Zakir Merentas Gerhana, Norhisham Mustaffa Guran, Norhisham Mustaffa The Obesity Code, Dr Jason Fung Dari D9 ke Tahanan Tanpa Bicara, ASP Ali Batcha How Starbucks Saved My Life, Michael Gates Gill Tahun 2020, saya tetapkan sasaran 52 buah buku. Satu buku mesti habis dibaca dalam masa seminggu. Tak mustahil. Boleh dibuat. Perlu…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial