• Buku

    Membaca: Motivasi dan Kaedah, Zaini Ujang

    Selesai bacaan buku pertama bagi tahun 2020. Buku ini saya dapatkan tahun lepas, mungkin saya antara yang terawal juga membelinya. Dipesan dengan Zalila Isa. Baca beberapa bab kemudian terhenti. Sambung semula beberapa hari lalu. Buku ini adalah edisi ketiga diterbitkan tahun 2019. Edisi pertama dan kedua pernah diterbitkan pada tahun 1993 dan 1994. Penerbit edisi awal ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala edisi terbaru ini diusahakan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Saya teruja untuk mendapatkan buku ini apabila seorang rakan berkongsi di Facebook. Dia ialah salah seorang editor buku ini. Dalam fikiran saya, apakah kandungan buku tentang membaca? Saya suka membaca, namun belum boleh dikatakan pembaca tegar.…

  • Blog

    Si Puspa

    Puspa berputik dihembus pawanaUnggas berkicau pemecah sunyiSetiap detik rasa terpanaPabila dikau berada di sisi. Awan mendung jentayu bersahutanHujan turun menyejuk bumiHati dirundung sayu merindukanJauh di mata dekat di hati. Pohon cendana kukuh berdiriKayunya utuh jadi pilihanEntahkan cinta entahkan benciDalam hati semakin rawan. Johor Bahru.6 Januari 2020 #writingpromptsjanuary Please follow and like us:

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial