• Fotografi

    Johor Bahru KM0

    Selamat datang Februari. Tahun ini istimewa kerana 2020 ialah tahun lompat. Ada 29 hari dalam bulan ini. Bagi yang lahir pada 29 Februari, mereka dapat meraikannya dengan sesuatu yang istimewa. Saya mulakan Februari dengan menyertai coaching street photography bersama Zanariah Salam. Lokasinya di sekitar bandaraya Johor Bahru. Kami berkumpul di Galeria Kotaraya. Sebelum ini pernah juga datang ke sini, tapi sudah tentu tidak semua sudut dan ceruk dapat dirakam dengan kamera telefon. Suasana juga berbeza kerana inilah kelebihan street photography. Walaupun, kita datang ke tempat yang sama, mungkin karakter yang kita temui berbeza sama sekali. Mood perayaan Tahun Baru Cina masih lagi berlangsung. Kali ini nampaknya petugas di Old Chinese…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial