• Buku

    Aku Dijangkiti Kehidupan

    Aku Dijangkiti Kehidupan: Cerita-cerita Pesakit dan Perawat Psikiatri by Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Dura Ain, Hiday, Dr Zul Azlin, Dr Mohd Hazreen, Dr Hidayah Jaris My rating: 4 of 5 stars Buku ini mengandungi empat kisah yang ditulis oleh pesakit. Mereka menghidap OCD, bipolar disorder dan major depression disorder. Pembaca dibawa untuk menyelami perasaan dan peristiwa yang dilalui oleh penulis apabila berdepan dengan cabaran dalam diri. Pada awalnya, penulis tidak menyedari yang mereka menghadapi masalah. Antara persamaan yang saya dapati ialah pesakit menyimpan perasaan atau memendam rasa yang teruk sehingga satu tahap ia tidak boleh dikawal. Bukan mudah bagi individu yang berperang dengan diri sendiri. Lukanya tidak nampak di luaran.…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial