• Resepi

    Epok-epok Inti Kentang dan Telur & Cara Mengelim Karipap

    Epok-epok atau karipap, salah satu kuih kegemaran saya. Epok-epok nama lain karipap. Biasa orang Johor memang tahu jika kita sebut kuih ini epok-epok. Tidak hairan jika nama kuih ini berbeza-beza mengikut tempat. Di Sepanyol, kuih ini dikenali sebagai empanada. Jika mahu citarasa antarabangsa, kita buat empanada ala Malaysiana. Intinya boleh dipelbagaikan. Boleh gunakan bahan seperti kentang dan daging atau ayam. Inti sardin juga ramai peminatnya. Bagi yang sukakan inti lemak manis, boleh gunakan ubi keledek. Epok-epok terkenal sebagai hidangan yang savouri atau orang kampung saya kata berperisa sedikit pedas. Ia sejenis kuih tradisional yang versatil. Jika mahu gunakan inti cendawan dan ayam seperti inti pai ayam juga tiada masalah. Kita…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial