• Travel

    4 Hari 3 Malam di Pulau Tenggol, Terengganu

    Percutian yang dinantikan selepas berbulan-bulan tidak keluar dari daerah Johor Bahru. Situasi akibat pandemik semakin membaik dan kerajaan pun dah benarkan kita merentas negeri. Merentas negara belum lagi boleh. Sekarang ini Malaysia masih dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 31 Ogos 2020. Nampaknya ramai yang merasa lega dengan kelonggaran diberikan. Mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga dan rakan. Ya, bercuti. Itu yang saya lakukan minggu lalu. Saya bersama teman-teman ke Pulau Tenggol di Terengganu. Kumpulan kami seramai 6 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Saya memang belum pernah ke Pulau Tenggol. Seingat saya lebih sepuluh tahun dahulu saya ke Pulau Perhentian yang…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial