• Buku

    Memoir Iran Iraq Kurdistan, Siti Noridah A Rahman

    Satu lagi buku travelog yang merakamkan perjalanan ke negara dan daerah yang jarang dijejaki pelancong. Penulis yang terkenal dengan pengembaraan luar biasa ini mencatatkan travelog ringkas ke Iran dan Iraq Kurdistan. ET pernah ke Iran, dan kali kedua ini beliau merentas sempadan Iran untuk ke Erbil di Iraq Kurdistan. Melalui buku ini baru saya ketahui Iraq yang berpusat di Baghdad itu negara yang berbeza dengan Iraq Kurdistan. Dua negara yang mempunyai sejarah peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.Tahniah ET dan terima kasih menuliskan perjalanan ke dua negara ini untuk tatapan pembaca. Please follow and like us:

  • Buku

    Pulau Karang, R.M. Ballatyne

    Buku ini ialah adaptasi novel klasik oleh R.M. Ballatyne yang berjudul The Coral Island. Serasanya sesuai untuk dibaca semasa saya ke Pulau Tenggol baru-baru ini. Ia adalah naskah langka dalam simpanan sahabat saya. Jadi, apa kata saya cuba membacanya sepanjang percutian lalu. Buku ini menceritakan pengembaraan tiga orang anak muda, iaitu Ralph, Jack dan Peterkin. Ralph bertemu Jack dan Peterkin dalam sebuah pelayaran. Mereka anak kapal yang berlayar merentasi lautan. Sehingga suatu ketika berlaku tragedi yang menyebabkan mereka terdampar di sebuah pulau. Itulah Pulau Karang. Maka, bermula pengembaraan mereka di Pulau Karang. Mereka terpaksa mencari jalan untuk hidup di pulau yang sepertinya tiada manusia lain di situ. Ballatyne menggambarkan sebuah…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial