Categories
Gaya Hidup Vlog

3 Perbelanjaan Perlu Dielakkan Apabila Dapat RM10,000 Wang KWSP Akaun 1

Belanjawan 2021 diluluskan pada 26 November 2020 dengan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara sekaligus daripada Akaun 1 bagi ahli yang layak. Dianggarkan seramai 8,000,000 ahli KWSP yang layak.

Sudah tentu rakyat berasa lega dengan kelulusan ini. Dalam zaman yang susah ini, wang sebanyak RM10,000 boleh mengurangkan beban kewangan dan kesempitan hidup. Ada golongan yang hilang pekerjaan, pendapatan berkurangan, perniagaan merosot dan sebagainya sehingga tidak mampu menyara hidup diri dan keluarga.

Apabila pengeluaran dibenarkan, kita yang layak ini harus bertanya diri adakah memang kita benar-benar memerlukan dana untuk kelangsungan hidup?

Tiga perkara yang perlu dielakkan apabila anda menerima wang KWSP ini ialah:

  1. Tidak melabur dalam pelaburan saham tanpa ilmu. Pasaran saham mempunyai risiko dan tanpa ilmu, wang pelaburan akan lebur dan hilang sekelip mata.
  2. Tidak terlibat dalam perniagaan yang tidak difahami atau mengikut-ikut sahaja cadangan rakan dan ahli keluarga. Akhirnya perniagaan tidak menjadi dan wang KWSP hangus pula.
  3. Tidak terpedaya dengan skim cepat kaya atau penipuan (scammer). Sindiket skim cepat kaya bersedia mencari mangsa dan mengumpan dengan kata-kata manis. Mereka menjanjikan pulangan yang tidak munasabah.

Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum membelanjakan wang kita. Utamakan keperluan asas dan usaha untuk menjana pendapatan mengikut kemampuan diri. Usah putus asa dan jangan malu sekiranya mencari makan dengan cara yang halal.

Kesusahan akan mematangkan diri. Percaya yang wujudnya peluang lebih baik apabila berdepan dengan kesusahan dan kegagalan.

Boleh tonton video penuh di YouTube. Kongsikan artikel ini dan jemput Subscribe channel YouTube Norsa’adah Ahmad.

Saya melakukan cabaran membuat Fb Live selama dua minggu. Semua video Fb Live akan dimuat naik ke YouTube (dengan sedikit suntingan) sebagai rujukan saya.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *