Bagi bulan September, seorang rakan blogger mencadangkan untuk membuat cabaran foto blog. Gabungan gambar dan blog. Buat peminat fotografi atau yang orang yang suka mengambil gambar, jangan lepaskan peluang untuk mengasah bakat merakam foto dan menulis sekaligus.
Saya sediakan 30 perkataan pencetus idea. Caranya:
1. Pilih 1 perkataan.
2. Ambil gambar berdasarkan perkataan yang diberi.
3. Buat satu entri blog dengan menggunakan gambar itu. Boleh tulis sajak, certot, tempat gambar di ambil, kisah di sebalik gambar dan sebagainya.
4. Buat sekurang-kurangnya 15 entri, iaitu 1 gambar selang sehari.
Jom menulis di blog.
Please follow and like us: