30 Saham dalam FBM KLCI (Index Komposit Kuala Lumpur)

FBM KLCI adalah satu penanda aras penting dalam pelaburan saham. FBM KLCI atau FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index ialah index yang dikira berdasarkan permodalan pasaran (market capitalization) 30 saham terbesar di Bursa Malaysia.

Market capitalization ialah nilai pasaran agregat sekuriti sama dengan nilai pasaran seunit bagi sekuriti didarab jumlah syer keseluruhan sekuriti yang diapungkan. (MC = Harga saham/unit x Jumlah saham diapungkan)

Kenaikan atau penurunan dalam index ini menunjukkan sentimen pasaran dan secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi harga saham di Bursa Malaysia. Ia juga menjadi rujukan kepada pencapaian pasaran modal di peringkat antarabangsa.

Sebagai seorang pelabur, saya akan melihat FBM KLCI dan membaca laporan yang dibuat di akhbar tentang pasaran saham. Sehingga artikel ini ditulis, kedudukan FBM KLCI agak membimbangkan. The Edge melaporkan ia dalam tren menurun (bearish). Jadi, pelabur mesti berhati-hati dalam setiap keputusan pelaburan.

Pada hari ini sahaja, hanya 286 kaunter untung, 613 rugi dan 370 tidak berubah.

30 saham ini adalah saham yang penting kerana pelabur institusi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mempunyai pegangan dalam syarikat ini.

Boleh dikatakan duit rakyat Malaysia ada di dalam pelaburan ini. Mari kita lihat peratusan pegangan oleh tiga institusi ini.

Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional Berhad mempunyai nilai permodalan pasaran yang paling tinggi. 16 saham di atas adalah patuh Syariah. Semua saham ini adalah saham yang bagus dan memberi pulangan yang baik kepada pelabur.

Namun begitu, ia turut mengalami kenaikan dan penurunan harga seperti saham lain yang didagangkan di Bursa Malaysia. Sekiranya seorang pelabur ingin membeli salah satu saham index, kajian terperinci mesti dilakukan dan kemudian membuat keputusan tentang jumlah pelaburan dan harga saham yang ingin dibeli.

Baru-baru ini SIME Darby mengumumkan pengasingan (demerger) antara SIME Darby Plantations dan SIME Darby Property. Dagangan saham SIME ditangguhkan sehingga 30 November 2017. Harga baru ditetapkan. Kemungkinan berlaku perubahan kepada senarai 30 saham index.

Harga yang ditetapkan untuk saham SIME ialah:

SIME Darby = RM1.85
SIME Darby Plantations = RM5.59
SIME Darby Property = RM1.50

Pelabur yang bijak dapat melihat peluang pelaburan yang bagus melalui kajian dan pembacaan.

Kemaskini 1 Disember 2017

Kaunter baru dimasukkan ke KLCI: Nestle dan Press Metal
Kaunter dikeluarkan daripada KLCI: British American Tobacco, IJM, Sime Darby Property dan Westport

*Disclaimer: Artikel ini adalah berdasarkan pembacaan dan rujukan yang dibuat oleh penulis. Ia hanya bersifat informasi sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh sebarang pihak yang menggunakan maklumat ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *