33 Syarikat Baru Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Bagi pelabur beragama Islam, kita boleh memilih saham patuh syariah yang sudah diaudit oleh oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC). Setiap tahun SAC akan mengeluarkan senarai baru sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mei dan Nov. Senarai pada bulan Mei dikeluarkan berdasarkan audit bagi tempoh berakhir Mac dan senarai bulan Nov pula berdasarkan audit bagi tempoh berakhir bulan September.

Semalam SACĀ mengumumkan 33 lagi syarikat patuh syariah yang didagangkan di Bursa Malaysia. Senarai ini boleh digunakan mulai 24 November 2017. Dengan pertambahan ini, jumlah syarikat patuh syariah ialah 686 (76%) daripada 902 syarikat yang didagangkan.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

22 syarikat pula dikeluarkan daripada senarai patuh syariah.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Semak portfolio kita. Jika ada saham yang dipegang sudah tidak patuh syariah, ambil tindakan sepatutnya. Jika ada keuntungan sehingga 23 November 2017, saham ini hendaklah dijual dan keuntungan adalah dibenarkan. Sebarang keuntungan mulai 24 November 2017 hendaklah diasingkan dan diserahkan untuk kebajikan umum.

Jika ada kerugian, pelabur boleh memilih sama ada untuk menjualnya dan menanggung kerugian atau tunggu sehingga harga modal dan dijual tanpa untung atau rugi. Mungkin pelabur hanya perlu menanggung kos broker.

Sumber: The Edge, baca di sini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *