33 tips dalam merancang kewangan

Pakar kewangan dan ekonomi meramalkan situasi yang sukar pada tahun ini. Apakah yang boleh kita lakukan dalam merancang kewangan peribadi berlandaskan Syariat?

Berikut saya senaraikan secara ringkas 33 perkara yang boleh kita laksanakan untuk mengurus kewangan. Ebook penuh mengandungi penjelasan tentang setiap tips yang disenaraikan.

Strategi 1 Mencari rezeki yang halal
1 Bekerja makan gaji
2 Memilih majikan dengan perniagaan yang patuh Syariah
3 Menjaga aurat ketika mencari rezeki
4 Tidak terlibat dengan rasuah
5 Bekerja sendiri atau berniaga
6 Tidak terlibat dengan riba’, gharar dan maisir
7 Berlaku jujur dan amanah

Strategi 2 Mengurus perbelanjaan dengan bijak
8 Memberi nafkah kepada tanggungan
9 Utamakan keperluan berbanding kehendak
10 Elakkan pembaziran
11 Tidak terikut-ikut trend

Strategi 3 Mengurus hutang
12 Guna satu kad kredit sahaja
13 Bayar hutang mengikut jadual
14 Hutang mengikut keperluan
15 Pilih pembiayaan patuh Syariah

Strategi 4 Mengeluarkan Zakat dan Infaq
16 Mengeluarkan Zakat pendapatan dan peniagaan
17 Memberi sedekah
18 Memberi orang lain makan
19 Membuat wakaf semasa hidup

Strategi 5 Melanggan produk takaful sebagai persediaan menghadapi musibah
20 Mengenalpasti perbezaan takaful dan insurans
21 Taktik menangani cadangan ‘tele-marketer’ insurans atau takaful
22 Mengambil takaful am untuk perlindungan harta
23 Melanggan takaful hayat dan perubatan
24 Lantik dan maklumkan penama tentang polisi yang diambil
25 Simpan maklumat operator takaful

Strategi 6 Melabur dalam pelaburan patuh Syariah
26 Melabur tanpa hutang
27 Menyemak status pelaburan dengan Suruhanjaya Sekuriti
28 Mengenalpasti Skim Cepat Kaya
29 Berhati-hati dengan pelaburan emas dan pajak gadai

Strategi 7 Mengurus harta pusaka
30 Selesaikan hutang dahulu
31 Melantik pentadbir harta atau wasi
32 Senaraikan aset dan liabiliti
33 Menulis wasiat

Ingin baca Ebook Urus Wang, Hati Senang?

ebook33

Muatturun Ebook – 33 saranan. Emel saya maklumbalas dan persoalan anda kepada arnorsaadah@gmail.com

Edarkan kepada rakan-rakan atau keluarga jika ia bermanfaat. Insya Allah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *