5 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Pelaburan Saham Sepanjang 2017

Saya mula melabur dalam saham sejak Mac 2017. Sepanjang tempoh ini saya bertemu dengan guru pelaburan saham Tuan Haji Asri dan Master Yus serta tim mereka. Sepanjang tempoh ini juga saya dapat melihat peluang dan cabaran dalam dunia pelaburan saham.

5 perkara yang saya belajar tentang pelaburan saham:

  1. Syarikat yang mempunyai fundamental yang bagus khususnya daripada segi perniagaan, keuntungan syarikat memberi pulangan yang baik daripada segi kenaikan nilai saham dan dividen.
  2. Pelaburan saham memerlukan kesabaran. Sikap nak cepat untung boleh membawa kerugian. Sikap nak cepat untung juga menutup peluang untuk menjana keuntungan yang lebih besar.
  3. Saham bernilai rendah dan syarikat yang tidak mempunyai asas yang kukuh sering kali menyebabkan pelabur terperangkap. Sudahnya menanggung kerugian yang tinggi.
  4. Pelabur mesti membuat kajian dan banyak membaca kerana maklumat pasaran dan sektor akan mempengaruhi nilai saham.
  5. Sentiasa ambil tahu kedudukan index tempatan iaitu FBM KLCI dan antarabangsa seperti Dow Jones dan NASDAQ. Ini sangat penting untuk menilai keadaan pasaran secara keseluruhan.

Pelaburan saham sangat menarik kerana kita belajar perkara baru setiap hari. Kita juga akan mula mengenal diri kita. Sikap tamak, tidak sabar, marah, sedih dan dengki pasti akan kita rasa sendiri. Emosi mempengaruhi tindakan. Pelabur yang bijak akan berjaya mengawal emosi mereka dan mendapat keuntungan yang disasarkan.

Selamat datang tahun 2018. Semoga memberi pulangan yang baik dan dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

Your objective is not to buy at the cheapest price or near the low, but to begin buying at exactly the right time, when your chances for success are greatest. (William J O’Neil, 117)

Please follow and like us:

1 thought on “5 Perkara Yang Saya Belajar Tentang Pelaburan Saham Sepanjang 2017”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *