Buku

A Great Book is …

Sahabat saya, Mimi Salleh seorang yang saya hormati dan saya sering ikuti statusnya di Facebook. Saya tertarik dengan perkongsian tentang buku yang bagus. Oh, Mimi Salleh atau saya memanggilnya Kak Mimi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penerbitan. Beliau kini menghasilkan buku bergambar kanak-kanak dan membuat Bengkel Young Jenin Writer.

Mimi Salleh berkongsi tentang buku yang bagus menurut Oprah Winfrey:

  • Buku yang merubah anda (a book that changes you)

Tip Menjadi Penulis Bestseller oleh Zamri Mohamad antara buku yang mendorong saya untuk menyiapkan buku pertama. Selepas menghadiri seminar penulisan bersama sahabat baik saya, Dr Noor Hayati Yasmin kami sama-sama mengusahakan buku pertama sehingga siap.

  • Buku yang membuatkan anda melihat orang lain daripada perspektif berbeza (a book that makes you see other people from different light)

Down and Out in Paris and London, George Orwell. Buku yang ditulis berdasarkan pengalaman Orwell semasa di Paris dan London. Menceritakan sisi buruk kota yang dikatakan moden. Sedangkan orang miskin tertindas dan perlu bekerja teruk, kelaparan dan terpaksa tinggal di tempat yang kotor dan sempit. Melalui buku ini tanggapan saya berubah tentang orang kaya dan orang miskin. Dalam setiap keadaan tetap ada dua sisi yang perlu dilihat secara adil.

  • Buku yang membuatkan anda merenung diri (a book that makes you look closer in the mirror)

Buku bestseller Mark Manson, The Subtle Art of Not Giving A F***. Banyak contoh yang diberikan dalam buku ini adalah realiti yang berlaku di sekeliling kita. Apabila saya baca perenggan tertentu, saya kembali bertanya diri pernahkah saya merasa seperti itu? Pernahkah saya pernah melakukan begini? Walaupun banyak juga kritikan terhadap buku ini, tapi ia antara buku yang saya suka kerana penulis bersikap terus terang.

  • Buku yang menyatakan kebenaran (a book that tells the truth)

Setakat ini saya belum jumpa sebarang buku yang boleh saya pilih sebagai buku yang menyatakan kebenaran. Kerana kebenaran itu sangat sukar dicari. Buku ialah alat propaganda. Jadi, pada saya kebenaran hakiki hanya ada pada al-Quran. Mungkin suatu hari nanti saya akan bertemu dan membaca buku yang saya anggap menyatakan kebenaran.

  • Buku yang menjadi penyelamat (a book that gives salvation)

Salvation is a big word. Baru-baru ini saya baca sebuah buku yang sangat bagus berjudul The Obesity Code. Rakan saya meminjamkan buku ini. Sememangnya saya sedang berusaha keras nak menurunkan berat badan. Jadi, saya pilih buku ini sebagai ‘penyelamat’ yang menyedarkan saya tentang masalah obesiti dan berat badan berlebihan. Sasaran saya ialah mengurankan berat sebanyak 12 kg dalam masa 3 bulan.

Apakah buku yang merubah hidup anda? Tuliskan di ruangan komen atau kongsikan di media sosial. Jangan lupa tag saya di Facebook, Twitter dan Instagram.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial