GST

Adakah perlu membeli sistem akaun untuk GST?

Sistem perakaunan yang bagus dan mematuhi keperluan GST akan memudahkan orang berdaftar menjana dokumen seperti invois cukai dan merekod perbelanjaan yang dikenakan cukai. Pada akhir tempoh bercukai, sistem ini juga boleh menjana laporan penyata cukai dan maklumat di dalam laporan itu diperlukan untuk mengisi Penyata Cukai GST-03.

Tanpa sistem perakaunan, agak sukar untuk orang berdaftar mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Transaksi yang banyak boleh menyebabkan kesilapan berlaku apabila ia direkod secara manual.

Salah satu tanggungjawab peniaga berdaftar ialah untuk menyimpan rekod yang betul dan mengeluarkan dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan pembekalan.

Bagi perniagaan yang tidak banyak transaksi, maka boleh dibuat secara manual. Namun, tinggi risi
ko kesilapan akan berlaku.

Oleh itu, sistem perakaunan yang memenuhi ciri-ciri patuh GST akan memudahkan proses merekod dan mengeluarkan laporan yang diperlukan untuk Kastam.

Kini, banyak perisian perakaunan yang sudah patuh GST. Ada yang kurang RM2,000.

Selain memenuhi keperluan GST, sistem perakaunan dan transaksi yang direkod dengan betul memberi manfaat kepada perniagaan secara keseluruhan.

Daripada maklumat perakaunan, pemilik perniagaan boleh membuat keputusan atau melaksanakan strategi bisnes yang sesuai.

Persoalan:

1. Apakah “icon’ ataupun “simbol” yang kita boleh kenalpasti sistem akaun yang GST-compliance?

2. Boleh ke ia dibuat dalam bentuk sistem akaun manual yang patuhi GST? Ataupun wajib berbentuk sistem komputer dan cara manual langsung tidak diterima?

Penjelasan:

1. Terdapat senarai pembekal dan sistem akaun yang telah diluluskan oleh Kastam. Sistem yang dibangunkan oleh pembekal ini telah disahkan ciri-cirinya patuh GST. Tuan boleh semak di laman web kastam atau dapatkan maklumat itu daripada pembekal perisian yang tuan ingin beli.

Sistem yang belum diluluskan kastam boleh juga digunakan. Perlu diingat risiko bahawa boleh berlaku kesilapan dalam merekod dan ia didapati kastam tidak patuh GST, maka kastam boleh mengenakan penalti.

Cadangan saya gunakan perisian yang sudah diluluskan kastam. Risiko kesilapan dapat dikurangkan.

2. Boleh dibuat secara manual. Tetapi risiko kesilapan merekod dan melapor adalah tinggi. Apatah lagi jika ia melibatkan transaksi yang banyak. Jika kurang daripada 10 transaksi sebulan, maka tiada masalah menyemak data.

Nota tambahan: Penggunaan perisian akaun juga memudahkan audit dibuat. Peniaga dapat menyemak maklumat akaun dengan segera dan tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *