GST Penerbitan

Akan Terbit – GST untuk Bisnes dan Peniaga

300,730 peniaga sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk regim cukai baru GST (Goods and Services Tax). GST akan menggantikan sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan mulai 1 April 2015.

84 peratus (252,613) daripada pendaftaran adalah peniaga yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun.
16 peratus (48,117) pula adalah pendaftaran secara sukarela.

Kesemua 300,730 peniaga ini akan mula mengutip GST daripada pengguna mengikut jenis pembekalan.

Apakah jenis pembekalan bercukai di bawah GST?
Bagaimana cara yang betul untuk melaksanakan GST di peringkat peniaga?

Penulis menyenaraikan 40 soalan penting untuk memahami GST dan pelaksanaannya di Malaysia.

——————————
Antara soalan yang bakal terjawab:
——————————
– Apakah itu GST?
– Bagaimana mendaftar sebagai orang kena cukai?
– Apakah konsep dan kaedah pelaksanaan GST di Malaysia?
– Bagaimana mengira GST ke atas harga barang dan perkhidmatan?
– Apakah mekanisme cukai input dan cukai output dalam GST?
– Bagaimana menyediakan Penyata Cukai GST?
– Apakah kesalahan utama di bawah perundangan GST?
– Apakah implikasi GST dalam industri pengilangan, peruncitan, sektor perkhidmatan dan hartanah?

================
Bagaimana buku ini membantu anda?
================
Peniaga / Pengarah syarikat:
Menjelaskan apa itu GST dan kelebihan mendaftar dan bila anda perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan JKDM.
Menyenaraikan tindakan yang harus diambil sebagai persediaan menghadapi GST.

Akauntan / Eksekutif Akaun:
Menjelaskan mekanisme GST iaitu cukai input dan cukai output.
Menyenaraikan keperluan pematuhan GST.

Peniaga secara umum:
Menjelaskan layanan GST kepada barang dan perkhidmatan.
Menjelaskan implikasi GST kepada beberapa jenis industri termasuk sektor perkhidmatan, industri peruncitan dan hartanah.

Pembaca umum:
Mengetahui bagaimana GST dilaksanakan diperingkat bisnes dan peniaga.

PRE-ORDER
=========
Akan terbit Januari 2015.
Sila daftar emel anda di http://bit.ly/GSTPeniaga

MAKLUMAT BUKU
===============
Tajuk: GST untuk Bisnes dan Peniaga: 40 soalan Penting untuk Memahami GST dan Pelaksanaannya di Malaysia
Penerbit: Truewealth Sdn Bhd
Harga: RM44.90
Mukasurat: 230
Tarikh penerbitan: Januari 2015