Antara Tokyo dan Osaka

Port of Kobe Tower dan Maritime Building di Kobe

Tahun ini melancong ke negara Jepun pula. Perjalanan selama seminggu pada musim luruh yang baru bermula. Hati risau apabila berita tentang taufan yang melanda Jepun tersebar. Peringatan berhati-hati dikeluarkan. Namun, rancangan diteruskan.

Dari Kuala Lumpur kami ke Tokyo. Kemudian singgah di beberapa buah bandar popular di selatan Jepun. Secara ringkas, 10 perkara menarik tentang Jepun.

1. Orang Jepun bertutur bahasa Jepun dengan sesiapa sahaja termasuk pelanggan atau orang yang tak dikenali. Jadi pandai-pandai fahamkan daripada gaya tubuhnya.
2. Orang Jepun mementingkan SOP. Langkah demi langkah. Papan tanda atau notis peringatan disediakan di tempat awam. Nak masuk kedai makan pun ada SOP.
3. Guru bawa rombongan pelajar sekolah ke tempat yang penting dalam sejarah dan kebudayaan mereka seperti Osaka Castle. Rombongan dibuat pada hari sekolah dengan berpakaian uniform.
4. Kanak-kanak khususnya peringkat tadika diajar untuk sentiasa pegang tangan berdua dalam rombongan. Jadi mereka lebih mudah dikawal.
5. Jarang kelihatan orang Jepun berpakaian dengan warna terang. Mereka selesa memilih warna neutral seperti hitam, biru gelap, putih, kelabu dan coklat.
6. Tempat menarik seperti Osaka Castle atau taman yang besar dipenuhi orang ramai sama ada orang tempatan atau pelancong.
7. Perarakan perkahwinan dibuat dalam suasana yang tenang dan senyap. Tiada bunyi-bunyian seperti pukulan gendang atau lagu yang mengiringi pengantin.
8. Pengantin lelaki memakai pakaian tradisi berwarna hitam. Pengantin perempuan memakai pakaian berwarna putih.
9. Bangunan lama dipelihara dengan baik dan menjadi bukti peradaban Jepun selama beratus tahun.
10. Mesin runcit ada di mana-mana dengan bermacam produk yang boleh dibeli terus.

Ada banyak lagi hal menarik yang kami temui dan perhatikan sepanjang berada di enam buah bandar di Jepun.

Tokyo – Kawaguchiko – Kobe – Osaka – Kyoto – Nara

Nantikan buku kami tentang perjalanan ke Jepun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *