• Blog

    Kenangan Merdeka

    Aku dan teman serumah keluar sebelum maghrib. Aku sudah lupa ke mana. Mungkin pergi ke kedai makan berhampiran atau jalan-jalan di kompleks beli-belah berhampiran rumah kami. Hari itu ialah hari cuti. Meraikan Hari Kebangsaan. Aku tidak pulang ke kampung kerana ia cuti tengah minggu. Tak berbaloi pula memandu balik ke selatan tanah air dan perlu bercuti pula. Jadi kami ambil keputusan untuk keluar sekejap. Usai makan, kami terus memandu untuk pulang ke rumah. Sudah hampir pukul 9 malam. Tiada apa yang mahu dikejarkan. Sahabatku itu memandu seperti biasa. Entah kenapa, sampai sahaja di plaza tol keretanya tiba-tiba berhenti. Ah… sudah. Tak kan kami tersadai di plaza tol pada hari merdeka.…

  • Blog

    Baju Tradisional

    Arashiyama, Kyoto, Jepun. 2017. Musim luruh. Kami menaiki keretapi dari Osaka menuju ke Kyoto. Sebuah bandar lama dan mahu melihat hutan buluh yang menjadi tumpuan pelancong itu. Turun di stesen kereta api dan berjalan kaki ke Arashiyama. Hari yang cerah. Kami menyeberang jambatan dan berhenti sekali sekala mengambil gambar. Orang ramai mula memenuhi kali lima deretan kedai yang panjang. Kelihatan gadis dan jejaka memakai pakaian tradisional Jepun. Kimono dan yukata. Sememangnya ada di antara kami yang mahu menggayakan kimono dan sudah menyediakan bajet untuk sewa sepasang kimono yang cantik. Saya? Antara mahu dengan tidak. Akhirnya saya hanya menemankan mereka memilih kimono yang disukai. Saya dibenarkan masuk ke ruang persalinan. Kami…

  • Blog

    Adakah Saya Suka Kucing?

    Dua ekor anak kucing yang berwarna putih bertompok oren elok terlentang di dalam sangkar. Kecil lagi. Baru lepas makan dan minum susu. Susu kambing. Baru saya tahu yang kucing suka minum susu kambing berbanding susu lembu. Saya tidak memelihara kucing. Dua anak kucing ini dibela oleh keluarga kakak saya. Anak saudara saya bukan main suka. Setiap seorang pegang seekor dan diletak di riba. Mengelus bulu kucing yang nampaknya manja. Saya tengok sahaja. Kucing memang comel. Tapi cukuplah saya tengok dari jauh sahaja. Setakat ini belum terlintas mahu membela kucing. Orang kata, jika ada kucing di rumah cicak dan segala macam serangga akan berkurangan. Renyah juga saya lihat penjagaan kucing ini.…

  • Blog

    Tunai vs Kad Debit/Kad Kredit

    Kawan saya membawa misi korban ke Siem Reap. Selain kumpulkan sumbangan untuk korban, mereka bawa baju kanak-kanak dan duit tunai untuk beli barang keperluan harian. Ya, tunai. Urusan pembelian menggunakan tunai. Mereka beli beras, minyak dan beberapa lagi barang untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Dengan bantuan kenalannya di sana. Ada beberapa video dan gambar yang mereka kongsikan. Sayu juga tengok penduduk di sana. Cuaca panas, rumah seadanya dan kanak-kanak tidak berbaju. Dengan tunai yang dibawa, dapat juga Anie dan Normi menyampaikan amanah kepada saudara kita yang kurang berkemampuan. Akan datang, saya nak ikut mereka ke sana. Tengok orang susah, timbul pula idea untuk projek seterusnya. Mereka akan lancarkan kutipan sumbangan…

  • Blog

    How often do you blog?

    “If you miss one day, you can miss two. If you miss two, it’s all over….” Cuti. Cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha. Musim cuti begini, ahli keluarga saya yang tinggal di Lembah Klang pulang ke kampung. Sabtu lalu, 9 Zulhijah kami memasak sedikit juadah untuk diagihkan kepada jiran. Suasana sibuk daripada hari-hari biasa. Saya pun sama menyibukkan diri. Dan tidak menulis di blog ini. Sabtu memasak. Ahad berkumpul di rumah kakak. Kami makan tengah hari dan BBQ. Isnin pergi lagi ke rumahnya kerana dia masak ikan sambal dan lauk makan tengah hari yang sedap-sedap juga. Itu kejadian beberapa hari lepas. Saya sempat baca beberapa halaman novel Ikarus oleh…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial