Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam?

Tuan Asrul mempunyai bisnes bakeri (roti, kek dll). Sebahagian produk keluaran beliau adalah berkadar standard.

Beliau adalah orang berdaftar yang dibenarkan mengutip cukai output dan menuntut cukai input.

Buat masa ini, harga produk tidak dinaikkan kerana ingin kekal kompetitif dengan kedai bakeri yang lain. Dengan kata lain beliau “menyerap GST”.

Persoalan:
Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam?

Jawapan:
Penyata cukai yang perlu diserah mengandungi maklumat jumlah pembekalan bercukai (kadar standard), jumlah cukai output yang dikutip (kadar standard), jumlah perolehan yang dikenakan cukai (kadar standard) dan jumlah cukai input yang dituntut.

Nilai jualan beliau dianggap sudah termasuk cukai (kerana menyerap GST). Jika jualan sebulan ialah RM10,000 maka jumlah GST ialah RM566.

Formulanya ialah:
GST RM10,000 x 6/106 = RM566
Nilai pembekalan RM10,000 – RM566 = RM9,433

Menggunakan contoh ini, jumlah jualan termasuk cukai untuk 3 bulan ialah RM30,000, maka menggunakan formula di atas GST ialah RM1,698.

Penyata cukai juga mengandungi cukai input yang akan ditolak daripada jumlah cukai output.

Sebagai contoh, saya ambil jumlah perbelanjaan (perolehan) termasuk cukai ialah RM10,000. Maka, cukai inputnya ialah RM566.

Anda boleh lihat di column A untuk pengiraan ini.

4 Jun 2015 - bagaimana kira gst-03

Dalam situasi A, pembelian stok (perolehan adalah seperti biasa dianggarkan 30% daripada jualan.

Nota: Ini adalah andaian saya sahaja untuk tujuan illustrasi.

Di column B pula saya menunjukkan bagaimana jika cukai input melebihi cukai output.

Hal ini boleh berlaku apabila perolehan bercukai melebihi jumlah pembekalan. Sebagai contoh, bulan Jun ini tentu banyak stok baru dibeli sebagai persediaan Ramadhan dan Syawal.

Untuk contoh tersebut saya andaikan jumlah jualan termasuk cukai kekal sama iaitu RM30,000. Manakala, jumlah perolehan adalah lebih tinggi iaitu RM45,000 termasuk GST. Gunakan formula di atas untuk mengira GST.

Anda boleh lihat di column B, cukai input melebihi cukai output.

Ini hanyalah kiraan secara manual. Apabila anda menggunakan sistem perakaunan yang patuh GST, sistem itu mampu menjana data yang diperlukan. Dengan syarat, maklumat transaksi telah direkod dengan betul.

8 thoughts on “Bagaimana mengira cukai yang perlu diserah kepada Kastam?”

    1. Harga yang dipaparkan pada barang / rak adalah termasuk GST. Pada asasnya pengiraan GST ialah 6% daripada harga barang.
      Contoh: 6% x RM100 = RM6. Jumlah harga yang perlu dibayar ialah RM106.

      Jika diberikan harga barang RM106. Maka untuk mengira GST bagi barang tersebut, kita gunakan formula 6/106 x RM106 = RM6

      Contoh: Harga barang termasuk GST ialah RM250. Maka GST ialah 6/106 x RM250 = RM14.15. Harga asal barang ialah RM235.85.

  1. SAYA NAK TANYA ,CONTOH CUKAI OUTPUT ..TAPI KLO XDE CUKAI OUTPUT TUH CMNE PULAK..SAYA XFAHAM..STRESSS

    1. Cukai output ialah cukai (gst) pada kos perniagaan kita.

      Contoh:
      Anda beli alatulis untuk kegunaan pejabat dan ada dipaparkan pada resit jumlah GST.
      GST ini ialah cukai output untuk perniagaan anda.

    2. Bukan ke CUKAI OUTPUT TU cukai yang kita kenakan pada pelanggan? kenapa bila beli alatulis GST yg dipaparkan ialah cukai output pula? supposely tu input la kan?

      1. Betul. Sebagai penjual alatulis, cukai yang dikenakan ialah Cukai Output.
        Bagi pembeli alatulis ia adalah Cukai Input dalam perniagaan mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *