Berita Korporat

BERITA KORPORAT – 15 JANUARI 2019

Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) memiliki kawalan majoriti dalam syarikat Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd (MPAS), meningkatkan pegangannya daripada 49.94% kepada 60% dengan nilai RM64.24 tunai.

D’Nonce Technology Berhad melantik pengarah eksekutifnya yang baharu iaitu Lim Teck Seng sebagai CEO berikutan perletakan jawatan Kuah Choon Ching pada 10 Jan.

FGV Holdings Bhd mengenalpasti RM350 juta aset bukan utamanya untuk dilupuskan. Beberapa aspek untuk perkongsian juga dikenal pasti untuk mengukuhkan syarikat, kata Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

PBA Holdings Bhd, unit dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd memohon kenaikan tarif air untuk mengumpul modal sebanyak RM501 juta bagi pelaburan ke atas lima projek bekalan air di negeri itu antara 2019 dan 2021.

Ranhill Holdings Bhd, syarikat Tawau Green Energy Sdn Bhd iaitu syarikat sekutunya dengan pegangan 26.7% telah gagal dalam rayuan untuk membatalkan kelulusan pembekalan untuk pembangunan jana kuasa geotermal yang pertama di Malaysia dengan kapasiti 37MW di Tawau, Sabah.

Spring Gallery Bhd melantik pemegang saham utama yang baharu Wan Khalik Wan Muhammad sebagai pengarah eksekutif efektif serta merta. Walau bagaimanapun, syarikat yang rugi ini belum melantik ketua pegawai eksekutif baru lagi.

TSR Capital Bhd menerima subkontrak kerja bawah tanah bernilai RM307 juta untuk projek dua trek elektrik Gemas-Johor Bahru daripada Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial