Berkongsi pahala berganda

Sudah beberapa kali saya bertemu dengan beliau. Beliau memberi kepercayaan untuk kami menyediakan wasiat dan perancangan pusaka keluarganya. Seorang usahawan yang memulakan perniagaan pada umur awal 40-an bersama seorang rakan niaga berbangsa Cina.

Kini, beliau berbangga kerana bisnes berjalan lancar walaupun tanpa beliau hadir setiap hari ke pejabat. Dalam setahun entah berapa kali beliau melancong bersama isteri. Kadang-kadang bersama anak-anak pada usia emas ini.

Pada hari itu, pertemuan kami berjalan seperti biasa. Di pejabatnya.

Namun, saya masih ingat satu teladan yang beliau kongsikan.

“Masjid karyah aku nak buat penyelenggaraan dan perlukan kos ganti karpet dan pasang aircond. Boleh sahaja aku tanggung semuanya. Tapi aku minta ahli karyah sama-sama menyumbang. Tak cukup lebihnya aku top-up.”

Beliau bahasakan dirinya aku bila hendak bercerita hal sampingan. Hal lain biasa berkaitan tugas kami selalunya beliau menggunakan ‘saya’ atau ‘I’.

Nak buat pahala, nak buat baik, ajak orang lain sama.

Beliau nak bersedekah, buat infaq, bagi orang lain turut sama merasa.

Cantik kan?

Infaq kan model yang Allah ajar pada kita. Harta yang diinfakkan menjadi benih yang akan tumbuh tujuh tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *