Bicara Buku 3 Januari 2015 di MPH

FB mph - mki2
Bicara buku dua penulis membawakan perkongsian tentang menulis buku dan mengurus kekayaan. Dr Noor Hayati Yasmin, seorang doktor menghasilkan Mudahnya Menulis Buku dan berkongsi bagaimana menulis buku pertama anda dan buku-buku seterusnya. Norsa’adah Ahmad, seorang perancang kewangan berkongsi tentang pengurusan kekayaan menurut syariat Islam. Kedua-dua buku ini sudah diulang cetak.

Apakah inspirasi di sebalik penerbitan kedua-dua buku ini?

Bagaimana buku ini dapat membantu anda untuk mengambil tindakan penting dalam hidup anda?

Bertemu penulis dan kongsikan pengalaman dan pandangan anda pada hari Sabtu, 3 Januari 2015 dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Hadir dan bawa rakan-rakan dan keluarga anda ke:

Lokasi:
MPH Book Fair, Concourse Area, Bangi Getaway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15 Bangi

Masa:
2.00 – 3.30 petang – Dr Noor Hayati Yasmin (Mudahnya Menulis Buku, mendorong penulis menghasilkan buku sehingga terbit)

3.30 – 4.30 petang – Norsa’adah Ahmad (Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam, panduan mudah untuk mengurus wang dan harta anda menurut syariat Islam)

Insya Allah, buku kedua Dr Noor Hayati Yasmin berjudul Sehari di A&E, sebuah kisah pengalaman beliau sebagai doktor di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan akan pertama kali di bawa pada hari tersebut.

Buku kedua Norsa’adah Ahmad tentang GST juga bakal terbit tidak lama lagi. Jumpa anda di sana.

Buku penulis diterbitkan oleh Truewealth Sdn Bhd, Making You Better.