Bila perlu menghantar Penyata Cukai GST-03?

3 Apr 2015 - tempoh bercukai

 

Penyata Cukai iaitu GST-03 perlu difailkan mengikut tempoh bercukai orang berdaftar. Tempoh bercukai ditetapkan mengikut jumlah pendapatan tahunan peniaga. Penyata cukai perlu difailkan setiap bulan jika pendapatan bercukai melebihi RM5 juta. Manakala, peniaga dengan pendapatan kurang RM5 juta perlu memfailkan penyata setiap 3 bulan.

Peniaga yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta tetapi ingin memfailkan penyata setiap bulan boleh membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jumlah GST iaitu cukai output dan cukai input untuk semua transaksi yang berlaku dalam tempoh ini akan dilaporkan dalam penyata cukai.

Penyata cukai mengandungi maklumat seperti berikut:
1) Pembekalan bercukai
2) Cukai Output yang dikutip
3) Perbelanjaan bercukai
4) Cukai Input yang ditanggung
5) Net cukai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *