Bitcoin dan Hukum Berkaitan Penggunaan Mata Wang Digital

Ringkasan tentang Bitcoin oleh Ustaz Dr Zaharuddin di Astro pagi ini, 23 Disember 2017:

– Bitcoin boleh dianggap sebagai mata wang walaupun ia bukan ‘legal tender’
– Bitcoin ialah mata wang digital. Fungsinya serupa dengan wang kertas yang dikenali sebagai mata wang fiat.
– Mata wang fiat dan mata wang digital tiada nilai instrinsik.
– Nilai mata wang fiat ditentukan oleh kerajaan.
– Nilai mata wang digital ditentukan oleh pihak ‘anonymous’.
– Harus memiliki Bitcoin untuk simpan nilai dan melawan inflasi.
– Harus memiliki Bitcoin untuk membeli barang kerana ada kedai yang menerima bitcoin sebagai bayaran.
– Pastikan beli bitcoin di exchange yang sah untuk mengelakkan ditipu.
– Bitcoin melalui proses penempaan yang ketat. Tiada unsur gharar di sini.
– Namun, unsur gharar boleh wujud jika tiada data yang tepat dikeluarkan oleh exchange. Dan jika ditipu, tidak diketahui tempat untuk membuat aduan.
– Hukum penggunaan bitcoin sama seperti mata wang lain. Hukum riba’ terpakai dalam urusan bitcoin.
– Haram membeli bitcoin untuk spekulasi seperti forex.
– Bitcoin berisiko menjadi ‘tool’ scammer seperti emas yang digunakan untuk menipu orang awam.

Kesimpulan:
Satu ‘benda’ yang diterima oleh ramai orang sebagai tukar ganti untuk membeli barang contohnya bitcoin boleh dianggap sebagai mata wang. Maka, terpakai hukum riba’ di sini. Serahan tidak boleh bertangguh.

Harus memiliki untuk menyimpan bagi nilai yang lebih baik dan menggunakannya untuk membeli barang.

Haram digunakan untuk spekulasi seperti forex.

Tonton ulangannya malam ini, 10.30 malam di Astro Maya HD / Astro Oasis.

Nota saya:
Mesti tahu risiko memiliki bitcoin walaupun Dr Zaharuddin menyatakan di sini ianya adalah harus.

Harga bitcoin mencecah paras tertinggi USD20k. Kemudian, berlaku ‘correction’ dalam pasaran pada minggu ini.

Selain Bitcoin, ada beberapa mata wang digital lain seperti Litecoin, Dash dan sebagainya wujud di pasaran. Bukan Bitcoin sahaja yang mengalami penurunan. Mata wang digital lain juga menurun nilainya.

Bitcoin Futures sudah dilancarkan di AS. Satu lagi sistem yang kompleks dan mesti difahami sebelum terlibat dalam instrumen kewangan ini.

Selepas saya kongsikan posting ini di FB, ia dikongsi di whatapps grup bitcoin network dan bitcoin mining. Sedangkan saya tidak menyokong dan tidak terlibat dalam bitcoin. Kemudian, Ustaz Dr Zaharuddin membuat satu posting di FB beliau dengan penjelasan lebih lanjut di sini.

Sesi beliau sangat ringkas. Jadi beliau menambah beberapa poin penting yang tak sempat dijelaskan semasa siaran di Astro. Antaranya adalah beliau tidak MENYOKONG sebarang kumpulan yang mempromosi bitcoin untuk tujuan spekulasi dan dagangan yang SANGAT BERISIKO.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *