Gaya Hidup,  Umum

Bubble Tea Crave and Craze

Bubble tea mula popular sejak 1980-an di Taiwan. Ia sejenis minuman teh dan susu serta mengandungi bebola comel yang dibuat daripada tepung ubi. Kini, banyak syarikat yang mengeluarkan bubble tea dengan pelbagai jenama dan perisa.

Semasa saya ke Taiwan bulan Mac lalu, kami sempat pergi ke pasar malam berdekatan dengan penginapan. Berjalan kaki kira-kira 10 minit sahaja. Kawasan pasar malam yang luas dan meriah dengan pelbagai snek, cenderahati, minuman dan pakaian. Semestinya, bubble tea atau boba tea turut dijual di pasar malam ini.

Kami beli teh yang dicampur susu segar dan pearl dari salah satu gerai. Tanpa jenama. Hanya food stand yang ringkas dan menjual tiga pilihan bubble tea, iaitu sejuk, panas atau ais. Ringkas bukan? Di seberang jalan tidak jauh dari pasar malam, kelihatan orang ramai beratur di outlet Tiger Sugar yang terkenal.

Tiger Sugar sudah membuka outlet di Malaysia. Tapi saya tak teringin pula mahu mencubanya. Melihat gula merah yang meleleh di bahagian dalam bekas itu menunjukkan tahap kemanisan minuman bergula ini. Nampaknya, Bubble Tea Craze telah melanda Malaysia.

Di Subang Jaya sahaja, dikatakan lebih 9 outlet jenama bubble tea yang berbeza terletak di kawasan yang sama. Boleh tahan penangan minuman yang sedang tular ini.

Semalam saya membaca satu laporan oleh Channel News Asia, satu bekas 500ml bubble milk tea mengandungi 92g gula, kira-kira 18 1/2 sudu teh. Amboi, banyaknya.

Vivy Yusof dan beberapa lagi Youtubers membuat review untuk pelbagai jenama bubble tea. Apabila satu makanan atau minuman menjadi popular dan tular, ramai orang ingin mendapatkannya. Ingat lagi tak sejenis soda yang dilanda kontroversi beberapa bulan lalu. Itu juga jenis minuman dengan kandungan gula yang tinggi.

Boleh nak minum bubble tea atau sebarang jenis minuman bergula. Namun, perlu berpada-pada. Janganlah diambil setiap hari. Harganya pun boleh tahan. Satu bekas secara purata berharga antara RM8 – RM15 bergantung jenis dan jenama.

Minuman bergula ini akan buatkan kita terasa tak cukup dan nak minum lagi dan lagi. Jadi craving tak tentu pasal. Walhal, kita tak perlukan gula sebanyak tu. Jadi, berhati-hati dalam pengambilan minuman manis.

Ada rakan tanya saya, apa minuman yang saya suka? Saya tiada kegemaran yang khusus. Minum kopi boleh. Tapi kalau tak minum kopi setiap hari pun tidak mengapa. Teh pun sama. Sebenarnya, saya cukup minum air kosong sahaja setiap hari. Tiada masalah bagi saya.

Tapi bila sesekali teringin tu, saya akan beli dan kongsi. Ini salah satu cara supaya tidak minum air manis dengan banyak. Antara minuman yang saya suka; Starbucks Caramel Machiatto, Costa Coffee Latte dan Tealive Signature Brown Sugar.

Are you part of bubble tea crave and craze?

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial