GST Bisnes

GST untuk Bisnes dan Peniaga

Tajuk Buku: GST untuk Bisnes dan Peniaga

40 soalan penting untuk memahami GST dan Pelaksanaannya di Malaysia

GST dikuatkuasakan di Malaysia bermula April 2015 bagi menggantikan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang telah diamalkan sejak 1970-an. Pemahaman tentang pelaksanaan GST bakal membantu peniaga untuk membuat keputusan yang wajar dalam perniagaan dan operasi syarikat sama ada dari segi strategi bisnes, pembangunan modal insan dan pengurusan alir tunai.

Buku ini menyenaraikan 40 soalan penting berkaitan GST khusus untuk memberi pendedahan kepada peniaga dan mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan GST pada peringkat syarikat atau organisasi masing-masing. Contoh yang disertakan mudah difahami dan relevan bagi menjelaskan terma dan layanan GST kepada perkara tertentu.

Antara soalan yang bakal terjawab:

  • Apa itu GST?
  • Bagaimana mendaftar sebagai orang kena cukai?
  • Apakah konsep dan kaedah pelaksanaan GST di Malaysia?
  • Bagaimana mengira GST ke atas harga barang dan perkhidmatan?
  • Apakah mekanisme cukai input dan cukai output dalam GST?
  • Bagaimana menyediakan penyata cukai GST?
  • Bagaimana memfailkan penyata cukai GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia?
  • Apakah kesalahan utama di bawah perundangan GST?
  • Apakah implikasi GST dalam industri pengilangan, peruncitan, sektor perkhidmatan dan hartanah?

“Buku ini menjawab persoalan GST yang wujud dalam industri dengan penjelasan yang menyeluruh. Ia harus dibaca oleh komuniti perniagaan pada semua peringkat.”

– Mohd Hisham Mohd Nor, Pengerusi Inspirasi Wawasan

GST peniaga

Dapatkan naskhah ini di rangkaian kedai buku MPH Bookstores seluruh negara, Kinokuniya, Kedai Buku1Malaysia dan kedai buku terpilih.

Boleh pesan secara online di MPHOnline atau BookPlanet untuk mendapatkan naskhah anda.

Hubungi penulis di:

Emel: arnorsaadah.ca@gmail.com

Twitter: @arnorsaadah

Facebook: Norsa’adah Ahmad