GST Pengguna

GST Untuk Pengguna

GST untuk Pengguna

40 Soalan Penting untuk Memahami GST dan Pelaksanaannya di Malaysia

Sehingga 2014, 160 buah negara di seluruh dunia telah melaksanakan cukai nilai tambah atau dikenali sebagai GST/VAT. GST merupakan sistem yang lebih telus, adil dan kurang birokrasi. Pengguna akan mengetahui dengan jelas jumlah cukai kepenggunaan yang dibayar setiap kali berbelanja. Apakah itu sebenarnya GST dan mengapa ia dilaksanakan sekarang?

Buku ini menyenaraikan 40 soalan penting dan penjelasan berkaitan GST khusus untuk pengguna. Pengguna memberi sumbangan terbesar dalam kutipan GST. Anda bakal mendapat pendedahan tentang sistem cukai baru ini. Sebagai pengguna bijak, anda layak mengetahui hak anda dan mengelakkan diri daripada penyelewengan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Antara soalan yang bakal terjawab:
– Apa itu GST?
– Adakah GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan?
– Apakah pakej bantuan kepada rakyat untuk mengurangkan beban cukai?
– Apakah implikasi GST kepada harga barang dan perkhidmatan?
– Apakah hak pengguna dalam sistem percukaian GST?
– Adakah pembelian secara dalam talian dikenakan GST?
– Apakah pandangan ulama tentang pelaksanaan GST di Malaysia?

“Buku ini sangat praktikal kerana ia menerangkan secara ringkas dan jelas tentang GST. Saya percaya ia amat berguna kepada pembaca khususnya pengguna.”

– Mohd Hisham Mohd Nor, Pengerusi Inspirasi Wawasan

cover hijau muda

Boleh dapatkan di MPH Bookstores dan kedai buku terpilih seluruh Malaysia.