Projek Lavender

Pengalaman menjaga ibu yang mengalami kanser mencetuskan idea untuk menerbitkan Projek Lavender pada tahun 2018. Buku yang mengumpulkan kisah kanser daripada ramai penulis. Projek yang bersifat peribadi asalnya menemukan saya dengan insan istimewa. Mereka menulis kisah daripada hati. Seorang anak yang menjaga ibu, bapa, bapa mentua, anak dan sahabat.

Pengalaman penjaga pesakit dan pejuang kanser disatukan dalam buku yang menyentuh perasaan. Entah berapa kali saya mengalirkan air mata dalam proses penerbitan buku ini. Semuanya berbaloi apabila buku Projek Lavender: 22 Kisah Pejuang Kanser yang Cekal Melawan menerima Anugerah Buku Negara 2019 bagi Kategori Buku Inspirasi.

Siri kedua Projek Lavender diterbitkan tahun 2019 dengan judul Projek Lavender: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda. Saya merasakan buku ini dapat memberi inspirasi kepada pejuang kanser dan ahli keluarga mereka. Perjalanan menghadapi penyakit ini bukan hanya tertanggung pada pesakit sahaja. Malahan ahli keluarga dan orang sekeliling turut memainkan peranan yang penting.

Kami merancang untuk menerbitkan beberapa lagi buku dalam siri Projek Lavender.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial