Travelog

Buku travelog pertama yang saya tulis berjudul Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari. Saya menulis bersama Noor Hayati Yasmin dan menerbitkannya pada tahun 2015. Sebelum ke dua bandar ini pada bulan April 2015, kami telah merancang untuk merakam dan menulis pengalaman kami dan menjadikan buku travelog.

Saya suka dua bandar ini. Saya pergi sekali lagi pada tahun 2018 untuk melawat anak saudara yang menjalani sesi pertukaran pelajar di Geelong.

Buku ini juga ialah buku pertama yang diterbitkan oleh Dua Penulis. Bermula dengan buku ini, kami menerbitkan buku seterusnya dalam kategori travelog.

Buku kedua ialah Campervan Trip dari Queenstown ke Christchurch. Perjalanan dengan campervan memberi pengalaman baru apabila kami tidur, masak dan mandi dalam ruang yang kecil dalam campervan. Boleh dikatakan campervan yang kami sewa itu jenis yang selesa dan mencukupi keperluannya untuk kami berempat dalam setiap campervan. Kami menyewa dua campervan untuk lapan orang.

Buku ketiga yang kami tulis bersama ialah Tokyo dan Osaka dalam 8 Hari. Jepun negara yang mahal untuk dilawati. Dengan rakan kembara yang sama, kami ke Tokyo, Fuji, Osaka, Nara dan Kyoto. Menaiki Shinkansen yang popular itu walaupun tambangnya mahal, naik basikal di Kawaguchiko Lake dan jalan-jalan di kampung lama Kyoto dan Gion.

Selepas ini, buku travelog apa lagi yang saya akan tulis? Nantikan.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial