Saya suka ambil gambar bunga. Saya cuba dapatkan posisi terbaik untuk merakam gambar bunga. Bunga memberi satu perasaan yang menyenangkan. Bunga yang mekar mampu buat kita tersenyum, dalam gembira atau ketika gundah.
Saya melancong ke Taiwan ketika musim bunga sakura atau cherry blossoms sedang mekar. Indahnya. Bunga kecil yang berwarna merah jambu memenuhi ranting pokok. Cantik sekali. Kami tidak melepaskan peluang memotret gambar masing-masing.

Berjam-jam kami berjalan di Formosan Aboriginal Culture Village. Cuaca sangat baik. Nyaman dan langit cerah. Di situ kebanyakan bunga sakura berwarna merah jambu dan ada beberapa pokok yang berbunga merah gelap.

Selain bunga sakura, Taiwan juga terkenal dengan bunga lili. Raymond membawa kami ke Festival Bunga. Hari itu mendung dan sejuk. Masuk sahaja ke kawasan pameran bunga, kelihatan bunga lili pelbagai warna.
Saya biasa lihat lili yang berwarna putih. Tapi kali ini bunga lili berwarna jingga, merah jambu, merah dan hijau. Cantiknya.

Kami berdiri dekat dengan pokok bunga lili. Bau harum menusuk ke hidung. Menyegarkan.


Teratai dan daisy juga kembang menawan. Batasan bunga berwarna merah menjadi latar yang indah.


Semasa ke Canberra, kami singgah ke Festival Tulip. Pertama kali melihat begitu banyak bunga tulip berbagai jenis dan warna. Ke sana ke mari mengambil gambar sehingga sweater yang dipakai tercicir. Cuaca hari ini agak hangat walaupun berangin. Jadi saya ikat sweater di pinggang. Entah bila jatuh, saya pun tak perasan.


Sakura di Taiwan, tulip di Canberra dan bunga matahari di Khao Yai.

Saya tidak akan bosan mengambil gambar bunga.
#julyblogpostchallenge #31julyblogpost
Ikuti 31 pencetus idea . Lihat di sebelah kanan blog untuk membaca blog rakan-rakan yang menyertai cabaran menulis 31 hari.
Baca entri sebelum ini
Doa, Nama, Surat, Hujan, Mimpi, Melancong, Matahari, Buku, Vlog, Coklat, Laut, Malam, Hijau, Zaitun, Sederhana, Nasi
2 replies on “Bunga”
Bunga berwarna merah jambu itu, daisy? Saya dulu pun faham begitu juga, tapi bila ke Cameron Highlands rata-rata meletakkan tanda nama “Gerbera”.
Iyalah.. gerbera. Saya betulkan ya. Daisy lain sikit.