Gaya Hidup

Cara Badan Kita Bertindak Apabila Mula Puasa

“Orang Islam berpuasa menjelang pagi (subuh) hingga terbit matahari (maghrib) dalam bulan Ramadan. Nabi Muhammad turut menggalakkan berpuasa setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Ramadan berbeza dengan kebanyakan kaedah berpuasa dalam agama lain kerana minum dan makan dilarang sama sekali pada waktu siang. Oleh itu, pengamalnya akan melalui satu tempoh dehidrasi yang sederhana. Kajian terkini menunjukkan pengambilan kalori harian meningkat dengan banyak dalam tempoh ini memandangkan makan dibenarkan sebelum subuh dan selepas maghrib. Melahap, khususnya dengan makan makanan yang mengandungi karbohidrat terproses yang tinggi sebelum subuh dan selepas maghrib mensia-siakan banyak manfaat berpuasa.”

– Dr Jason Fung, The Obesity Code

Puasa tidak memudaratkan. Sepanjang tamadun manusia, manusia biasa tidak mati kebuluran apabila mengamalkan puasa mengikut ajaran masing-masing. Apatah lagi dalam Islam, yang mana berpuasa ialah rukun Islam.

Kita hidup di Malaysia yang mewah dengan makanan, bersalah kerana ‘melahap’ semasa bulan puasa ini. Sedangkan puasa sebenarnya dapat mengurangkan berat badan dan mengelakkan pembaziran.

Apabila saya membaca The Obesity Code, saya mula faham bagaimana badan kita berfungsi dan memproses makanan menjadi tenaga.

Glukos (gula) dan lemak ialah sumber tenaga badan kita. Mula-mula gula ditukar kepada tenaga supaya badan kita berfungsi dengan normal. Apabila glukos tak cukup, badan kita dengan bijaknya akan mula membakar lemak yang tersimpan. Sebab itu, kita tak akan ‘shut down’ secara tiba-tiba walaupun tak makan.

Bagaimana badan bertindak balas apabila kita berpuasa, Dr Jason rumuskan seperti berikut:

1. Semasa makan: Tahap insulin meningkat. Ini membuatkan glukos digunakan sebagai tenaga oleh tisu seperti otot atau otak. Glukos berlebihan akan disimpan sebagai glikogen dalam hati.

2. Fasa penyerapan tenaga (6 hingga 24 jam selepas mula berpuasa): Tahap insulin mula menurun. Glikogen diuraikan menjadi glukos sebagai sumber tenaga. Glikogen yang disimpan cukup untuk kira-kira 24 jam.

3. Glukoneogenisis (24 jam hingga 2 hari): Hati menghasilkan glukos baru daripada asid amino dan gliserol. Bagi orang yang tidak mengalami kencing manis, tahap glukos jatuh tapi dalam keadaan normal.

4. Ketosis (1-3 hari selepas mula berpuasa): Simpanan lemak, trigliserida dipecahkan kepada struktur gliserol dan tiga rangkaian asid lemak. Gliserol digunakan untuk memproses lemak yang disimpan menjadi glukos (proses ini dinamakan glukoneogenesis). Asid lemak boleh digunakan terus untuk tenaga bagi tisu dalam badan, bukan untuk otak.

5. Fasa pengekalan protein (selepas 5 hari): Hormon tumbesaran yang tinggi mengekalkan mass otot dan tisu pejal. Tenaga untuk mengekalkan metabolisme dasar hampir sepenuhnya dicukupkan dengan penggunaan asid lemak dan keton. Peningkatan tahap norepinephrine (adrenalin) menghalang penurunan kadar metabolik.

Proses ini menerangkan bagaimana badan kita bertindak, membiasakan diri dengan ketiadaan makanan. Badan menukar tindak balas daripada membakar glukos (jangka pendek) kepada membakar lemak (jangka panjang). Lemak ialah tenaga yang disimpan.

Jadi, apabila kita berpuasa inilah masanya lemak dibakar. Kita selalu merungut badan kita banyak lemak dan sukar menurunkan berat badan.

Sempena bulan puasa ini, kebarangkalian untuk berat badan berkurangan sangat tinggi. Dengan syarat, janganlah melahap semasa sahur kerana akan berlapar selama 12-13 jam. Jangan juga melahap ketika berbuka dengan alasan perut kosong lebih setengah hari.

Ada satu kajian ekstrem dilakukan pada seorang lelaki yang berpuasa selama 382 hari. Dia hanya minum air dan makan multivitamin. Walaupun berpuasa dalam tempoh yang panjang, tiada kesan yang membahayakan kepada kesihatan dirinya.

Berapa berat badan dah turun selama seminggu berpuasa ini?

Tambah sikit lagi, lima langkah untuk penurunan berat badan:

1. Kurangkan pengambilan gula tambahan. Gula biasa dan elakkan pengganti gula.

2. Kurangkan pengambilan bijiran terproses.

3. Pengambilan protein secara sederhana.

4. Meningkatkan pengambilan lemak semula jadi seperti mentega, minyak zaitun. Marjerin dilarang sama sekali.

5. Meningkatkan pengambilan fiber dan cuka seperti cuka epal.

Selamat berpuasa.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial