Cukai

Cara failkan Cukai Pendapatan 2015 sebelum tarikh tutup

Jumlah denda dan penalti yang dikenakan LHDN daripada audit cukai ialah RM4.4 billion dari 2011 hingga 2015.

Pembayar cukai bertanggungjawab mengira cukai pendapatan sendiri. LHDN pula berhak membuat audit cukai.

E-Filing sudah dibuka bermula 1 Mac 2016 untuk Tahun Taksiran 2015. Tarikh tutup untuk individu tanpa pendapatan perniagaan ialah 30 April 2016 dan individu dengan pendapatan perniagaan ialah 30 Jun 2016.

Cara memfailkan cukai dengan E-Filing:

1. Daftar E-Filing (bagi yang belum mendaftar).

2. Kumpulkan dokumen seperti Borang EA.

3. Senaraikan perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai. Simpan resit dan bukti bayaran.

4. Login ke dalam sistem E-Filing.

5. Masukkan maklumat peribadi atau kemaskini maklumat seperti alamat dan no akaun bank.

6. Masukkan maklumat gaji dan pendapatan lain seperti sewa dan royalti. Bagi individu yang mempunyai pendapatan perniagaan, perlu menyediakan rekod untung rugi sebagai rujukan.

7. Masukkan jumlah perbelanjaan yang layak diberi pelepasan cukai. (Dalam sistem ada dinyatakan jumlah maksima)

8. Masukkan jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) jika ada.

9. Masukkan jumlah Zakat yang sudah dibayar dalam tahun 2015 untuk rebat. (Ada resit)

10. Sistem akan buat pengiraan cukai kena dibayar.

11. Cetak (pdf atau hardcopy) sebagai rujukan.

12. Hantar melalui sistem E-Filing.

13. Buat bayaran cukai secara online atau di bank sebelum 30 April 2016. (Jika ada)

Atau

14. Pihak LHDN akan pulangkan lebihan cukai (jika ada) ke dalam kaun bank anda.

Ada 45 hari lagi sebelum tarikh tutup (30 April 2016). Jangan tunggu saat akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *