Blog

Cara Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar

Saya sering kali melihat iklan set straw dalam beg kain yang dicetak nama. Selepas kempen tidak menggunakan straw nampaknya syarikat itu giat menjalankan promosi di Facebook. Nampak cantik dan kemas. Satu set mengandungi straw biasa, straw saiz besar, straw dengan hujung yang bengkok sedikit dan berus straw.

Semasa hadir ke program ORBIT, kami menerima satu set straw stainless steel ini sebagai cenderahati. Bagus juga. Saya simpan elok-elok hadiah ini.

Kempen memelihara alam sekitar sepatutnya bermula dari rumah. Kadang-kadang saya rasa pelik juga, banyak sampah yang saya terpaksa buang. Kotak, botol plastik, botol air mineral dan kertas. Terima barang yang dihantar oleh kurier, ada sampul kurier yang perlu dibuang. Banyak betul sampah dalam persekitaran kecil saya ini.

Zero Waste movement sudah banyak dilakukan di luar negara. Saya pernah menonton Youtube cabaran Zero Waste (sisa sifar) oleh satu keluarga. Sampah yang tidak boleh dikitar semula akan dimasukkan ke dalam satu botol. Memang sangat sedikit. Kagum.

Di Malaysia, Pertubuhan Sisa Sifar atau Zero Waste Malaysia ditubuhkan pada tahun 2016. Ramai anggotanya anak muda yang berwawasan untuk menggalakkan sisa sifar. Mereka juga menyediakan Facebook Group sebagai tempat berkongsi idea untuk menggalakkan sisa sifar. Boleh baca handbook yang disediakan sebagai rujukan.

Apa yang saya lakukan untuk mengurangkan sisa rumah:
1. Bawa bekas untuk beli makanan.
2. Bawa shopping bag untuk isi barang yang dibeli di pasaraya.
3. Asingkan kertas, plastik dan botol. Saya akan buang kemudian. Agak sukar juga kerana tong sampah recycle tidak banyak disediakan. Jadi, saya letakkan berasingan di sebelah tong sampah besar. (Dengan harapan, pihak pengurusan sampah mengasingkan sampah recycle.)
4. Tidak membeli pakaian baharu dengan kerap.
5. Hantar pakaian lama ke pusat kitar semula atau fashion chain seperti UNIQLO dan H&M.
6. Pinjam buku dari perpustakaan.
7. Baca ebook.
8. Baca buku yang dibeli dahulu sebelum membeli buku baharu.
9. Beli bahan mentah yang mahu dimasak dalam tempoh 2-3 hari sahaja.
10. Beli makanan yang secukupnya sahaja. Elakkan membazir.

Ini antara perkara yang saya cuba lakukan. Tapi tak semua dapat dilaksanakan. Ada juga yang terlepas pandang dan dengan hati yang terkilan terpaksa berdepan dengan botol plastik sabun basuh, syampu dan lain-lain.

Amalan Zero Waste ini bagus selain daripada mengurangkan atau memastikan tiada sisa, kita juga akan dapat berjimat daripada berbelanja yang bukan-bukan dan bukan keperluan.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial