Cukai

Cara Mendaftar Syarikat atau PLT di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Saya mendaftarkan syarikat penerbitan kami Dua Penulis di bawah PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad. Oleh sebab itu nama rasmi penerbitan kami ialah Dua Penulis PLT. Kami menerbitkan buku yang saya dan sahabat saya tulis. Selain itu, kami menerbitkan projek penulisan bersama berkaitan kisah kanser.

PLT ialah jenis pertubuhan yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Ia mempunyai ciri seperti perkongsian biasa dan liabiliti (tanggungan dan tanggungjawab statutori) menyerupai syarikat yang terhad kepada PLT tersebut. Ciri ini juga menentukan jenis fail cukai yang perlu didaftarkan bagi sebuah PLT.

Bagi individu yang mendaftarkan perniagaan mereka menggunakan perkongsian biasa, mereka perlu memfailkan cukai mengikut peraturan cukai individu dengan pendapatan perniagaan. Manakala, PLT perlu didaftarkan mengikut pendaftaran syarikat.

Pendaftaran fail cukai boleh dilakukan secara online. Namun begitu, perhatikan beberapa tip dan langkah ini supaya proses pendaftaran dalam dibuat dengan lancar.

Berikut adalah langkah untuk mendaftarkan PLT anda dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri:

  1. Lawati laman web LHDN di sini untuk melihat syarat ringkas untuk mendaftar fail anda.
  2. Klik pautan e-daftar di bahagian bawah halaman.
  3. Anda dibawa ke halaman seperti ini:

 

4. Klik pada tab PLT. Borang pendaftaran akan dipaparkan. Isi setiap ruang dengan maklumat yang diperlukan. Antara maklumat yang peru diisi ialah maklumat pekongsi dan pegawai pematuhan. Pegawai pematuhan boleh jadi salah seorang pekongsi atau jika anda ada akauntan atau eksekutif akaun, boleh letakkan nama beliau.

5. Muat naik dokumen SSM dalam format .jpg . PENTING. Jangan lupa muat naik. Jika fail yang ada dalam bentuk .pdf sila tukar ke format gambar .jpg . Namakan fail anda dengan alphanumeric. CONTOH:

Nama fail asal: Sijil SSM Dua Penulis

Tukar kepada: SijilSSMDuapenulis2019

Pastikan tiada jarak, gunakan aksara dan nombor pada nama fail. Jika tidak ditukar, muat naik akan gagal. Jangan tutup dulu tetingkap. Teliti betul-betul.

6. Tunggu tiga hari bekerja dan semak mengikut nombor rujukan yang diberikan. Jangan lupa simpan salinan dalam bentuk screenshot paparan di komputer atau fail pdf yang disediakan.

Setakat ini dahulu. Saya akan kemas kini lagi proses seterusnya dalam entri akan datang.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial