CARIMIN: Carimin Petroleum Group 52W New High

CARIMIN: Carimin Petroleum Group 52W New High

Dalam tempoh 52 minggu atau satu tahun, harga saham CARIMIN mencecah harga tertinggi yang baru iaitu RM0.495 pada 3 Jan 2019. Kemudian, ia ditutup pada harga RM0.50. Jumlah dagangan juga melebihi 15 juta dengan nilai sebanyak RM7.7 juta. Ini merupakan lonjakan nilai dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya iaitu RM2 juta.

CARIMIN ialah syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas. Ditubuhkan pada 1989. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan tenaga kerja, pembinaan dan pelengkapan serta perkhidmatan. Kebanyakan kerja yang dilakukan berkaitan industri minyak dan gas luar persisir (off shore).

Saham syarikat ini mula didagangkan di Bursa Malaysia pada 10 Nov 2014. Harga IPO ialah RM1.10. Kemudian harga saham mengalami penurunan sehingga RM0.210 pada bulan September 2018. Ini juga ialah harga terendah selama 52 minggu. Saham syarikat ini juga patuh syariah.

Mari kita lihat analisa syarikat ini menggunakan teknik CAN SLIM

Analisa Fundamental

Permodalan pasaran (market capitalization) CARIMIN ialah RM140 juta. Ia termasuk dalam kategori Saham modal kecil (Small Cap Stock).

Market Capital (RM) : 140.33m
EPS (sen) : – 5.60
EPS x 8.1 : –
P/E : –
ROE : – 9.02
Div Yield : 0.00
NTA (RM) : 0.621

Current Profit

Laporan suku berakhir pada 29 November 2018 menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding suku tahun sebelumnya. Syarikat melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM11 juta. Satu perkembangan yang baik setelah syarikat mengalami kerugian.

Keuntungan meningkat disebabkan nilai pendapatan yang bertambah melebihi dua kali ganda (240%).

Annual Profit

Graf di bawah menunjukkan laporan tahunan pendapatan dan keuntungan CARIMIN. Tahun kewangan syarikat berakhir pada 30 Jun 2018. Bagi suku tahun pertama 2019 (Nov 2018) sahaja, kita boleh lihat jumlah pendapatan sudah 60% berbanding pendapatan tahun sebelumnya. Ada berbaki sembilan bulan lagi. Sekiranya pendapatan syarikat stabil dan meraih sebanyak RM84 juta, kita boleh jangkakan pendapatan syarikat sebanyak RM336 juta setahun.

News

Laporan suku tahunan yang positif menimbulkan minat belian saham ini sejak awal Dec 2018. Selepas laporan dikeluarkan harga penutup pada 29 November 2018 ialah RM0.30. Walaupun harga minyak dunia tidak stabil, harga saham ini tidak jatuh dibawah RM0.30 sejak bulan Disember 2018.

Analisa Teknikal

Supply & Demand

Sehingga hari ini (7 Januari 2019), harga saham ditutup pada RM0.610 pada sesi pagi. Ini ialah kenaikan 103% dalam tempoh 40 hari. The Edge melaporkan saham ini dalam kategori momentum sejak beberapa minggu lalu.

Carta di bawah menunjukkan pergerakan harga dan jumlah dagangan setiap hari sepanjang tempoh satu tahun. Apabila harga CARIMIN mencapai 52W new high dengan jumlah dagangan yang tinggi, kemungkinan harga saham akan meningkat lagi. Harga RM0.495 ialah Fresh Breakout (FBO).

Leader & Laggard

Melalui laporan Bursa Marketplace, syarikat peers dalam kategori yang sama ialah WASEONG, DELUM, KNM, T7GLOBAL, PERDANA, ICON dan BARAKAH.

CARIMIN adalah saham laggard (terkemudian) dalam kategori ini. WASEONG mendahului daripada aspek permodalan pasaran. Boleh lihat jadual di bawah.

Institutional Investors

Tiada pelabur institusi dalam 10 pelabur tertinggi CARIMIN. Pegangan terbesar sebanyak 25% dimiliki oleh individu iaitu Mokhtar bin Hashim.

 Market Direction

Pasaran saham secara global mengalami ketidaktentuan sejak beberapa bulan lalu. Harga minyak juga tidak stabil sehingga jatuh bawah USD50/barrel. Dow Jones mengalami kejatuhan yang banyak menjelang cuti Krismas 2018. Walaupun berlaku kenaikan selepas itu, sentimen pelabur masih tidak stabil. Minggu ini ada dua isu yang perlu diperhatikan iaitu perbincangan Amerika dan China berkaitan trade war yang bermula sejak tahun lalu dan pengumuman tentang kadar faedah oleh US Federal Reserve.

Trading Plan

Bagi saham CARIMIN, harga sokongan terbaru ialah RM0.495 (52W new high). Selepas tiga hari ia menunjukkan kenaikan, kemungkinan ada pelabur yang akan mengambil untung. Jadi perhatikan harga semasa sebelum menentukan harga saham yang sesuai untuk dibuat belian. Kira risiko anda.

Sumber: Bursa Marketplace, Malaysia Stock Biz, Platform UOB Kay Hian

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *