-
FAQ Cukai Soda yang Mula Dikenakan Pada 1 Julai 2019 di Malaysia
Dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan tahun lalu, Menteri Kewangan menyebut tentang pelaksanaan cukai soda. Tarikh pelaksanaan ditetapkan pada 1 April 2019. Namun ditangguhkan kepada 1 Julai 2019. Secara rasminya, cukai soda atau juga dikenali sebagai duti eksais minuman bergula mula dikenakan semalam. Cukai soda ialah sejenis cukai tidak langsung. Contoh lain cukai tidak langsung ialah cukai jualan, cukai perkhidmatan (SST) dan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Cukai tidak langsung dikenakan kepada pengilang atau pengeluar (eksais dan SST) dan pengguna (GST). Apabila cukai soda (duti eksais minuman bergula) dikenakan kepada pengilang atau pengeluar, kadar cukai ini tidak nampak secara jelas kepada pengguna akhir. Ia serupa dengan cukai jualan. Namun berbeza dengan…
-
Program Khas Pengakuan Sukarela LHDNM 2019 dan Cara Mendaftar Fail Cukai Perkongsian Liabiliti Terhad
Siang tadi saya ke LHDN untuk bertanya tentang program khas pengakuan sukarela. Program ini untuk menggalakkan pembayar cukai yang belum membuat taksiran bagi tahun taksiran 2017 dan sebelumnya untuk tampil dan menghantar borang cukai. Kelebihan apabila buat pengakuan sukarela ini, pembayar cukai hanya dikenakan penalti maksimum 15% ikut tempoh pengakuan dibuat. Tarikh akhirnya ialah 30 September 2019. Selepas tu, mungkin boleh kena 100% penalti. Lagi satu, taksiran yang dihantar akan diterima dengan suci hati oleh LHDNM (good faith). Semoga semua baik-baik sahaja. Ada rakan saya dah selesai beberapa bulan lepas. Cuma saya rasa ramai lagi yang belum berbuat demikian. Bagi mereka yang dah ada fail cukai, boleh terus hantar taksiran…
-
Cara Mendaftar Syarikat atau PLT di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Saya mendaftarkan syarikat penerbitan kami Dua Penulis di bawah PLT atau Perkongsian Liabiliti Terhad. Oleh sebab itu nama rasmi penerbitan kami ialah Dua Penulis PLT. Kami menerbitkan buku yang saya dan sahabat saya tulis. Selain itu, kami menerbitkan projek penulisan bersama berkaitan kisah kanser. PLT ialah jenis pertubuhan yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Ia mempunyai ciri seperti perkongsian biasa dan liabiliti (tanggungan dan tanggungjawab statutori) menyerupai syarikat yang terhad kepada PLT tersebut. Ciri ini juga menentukan jenis fail cukai yang perlu didaftarkan bagi sebuah PLT. Bagi individu yang mendaftarkan perniagaan mereka menggunakan perkongsian biasa, mereka perlu memfailkan cukai mengikut peraturan cukai individu dengan pendapatan perniagaan. Manakala, PLT perlu didaftarkan mengikut…
-
Cara failkan Cukai Pendapatan 2015 sebelum tarikh tutup
Jumlah denda dan penalti yang dikenakan LHDN daripada audit cukai ialah RM4.4 billion dari 2011 hingga 2015. Pembayar cukai bertanggungjawab mengira cukai pendapatan sendiri. LHDN pula berhak membuat audit cukai. E-Filing sudah dibuka bermula 1 Mac 2016 untuk Tahun Taksiran 2015. Tarikh tutup untuk individu tanpa pendapatan perniagaan ialah 30 April 2016 dan individu dengan pendapatan perniagaan ialah 30 Jun 2016. Cara memfailkan cukai dengan E-Filing: 1. Daftar E-Filing (bagi yang belum mendaftar). 2. Kumpulkan dokumen seperti Borang EA. 3. Senaraikan perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai. Simpan resit dan bukti bayaran. 4. Login ke dalam sistem E-Filing. 5. Masukkan maklumat peribadi atau kemaskini maklumat seperti alamat dan no akaun…