• Blog,  Resepi

    Xinjiang Spicy Cumin Beef Stir Fry

    Sejak akhir-akhir ini memang jarang memasak di rumah. Minggu lepas sahaja, saya berada di Kuala Lumpur untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan Dua Penulis. Hari ini pencetus idea yang diberikan ialah resepi. Jadi, saya buat keputusan untuk memasak satu hidangan yang berasal dari Xinjiang. Normi yang memberi resepi ini. Pertama kali Normi hidangkan lauk ini dimakan dengan nasi panas. Amboi… sedapnya. Resepi ini Normi ubahsuai supaya hampir sama rasanya dengan lauk daging pedas yang dimakan dalam cuaca sejuk ketika dia dan Anie ke Harbin tahun lalu. Makanan pedas dalam musim dingin dengan suhu kurang 0 darjah celsius. Memang membangkitkan selera. Saya kongsikan di bawah resepi asal yang Normi beri. Saya ada…

  • Blog,  Resepi

    Kaya

    Masa kecil saya memang tak pandai makan kaya atau seri kaya. Mak pun tak berapa gemar. Biasanya kami makan roti sapu marjerin dan bakar atas tudung periuk. Kadang-kadang buat sarapan. Atau pun balik sekolah petang-petang pun boleh makan roti bakar marjerin letak gula. Cuma bila dan besar-besar baru belajar makan roti dengan kaya atau beli roti berinti kaya. Bahan asas untuk buat kaya ada tiga sahaja, iaitu telur, santan dan gula. Kemudian ditambah daun pandan untuk aroma yang wangi dan tepung jagung jika suka untuk memekatkan kaya. Kaya atau seri kaya itu terkenal di Asia Tenggara. Kaya dalam bahasa Melayu juga membawa maksud pekat. Jadi bancuhan telur, santan dan gula…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial