• Aktiviti,  GST

    Kursus GST untuk Bisnes

      Kursus GST untuk Bisnes akan saya adakan di dua lokasi iaitu Pasir Gudang, Johor dan Petaling Jaya, Selangor. Objektif kursus ialah memberi penerangan GST daripada aspek pelaksanaan dan teknikal kepada usahawan di peringkat perniagaan mereka. Menjawab persoalan berkaitan mekanisme cukai input dan cukai output dalam sistem GST. Mohon hubungi no tertera atau emel arnorsaadah.ca@gmail.com. Tempat adalah terhad.   Please follow and like us:

  • GST

    Anekdot GST – Peniaga serap GST

    “Meh nak bagi tau satu rahsia.” ========================= Che Ros mengeluarkan barang runcit yang dibelinya satu persatu. Barang-barang itu akan terus dikemas dan disusun pada rak atau peti sejuk. Itu memang rutinnya setiap kali pulang membeli-belah. “Siti, saya tak faham la. Kenapa ek ada syarikat kata mereka serap GST. Dalam resit saya tengok kita bayar cukai lagi,” bebel Cik Ros. Siti tuang Peel Fresh dalam gelas dan meneguknya selamba. “Meh Che Ros saya nak bagi tau rahsia. Tapi janji tau jangan bagi tau orang lain.” Siti sengaja mengusik Che Ros. “30 Mac Che Ros beli tisu harga RM2, 1 April Che Ros beli tisu lagi sebab tisu dah habis. Harganya RM2…

  • GST

    Apakah layanan GST untuk pembekalan kepada jabatan kerajaan?

    Pembekalan barang tidak perlu dikenakan GST. Namun pembekalan perkhidmatan akan dikenakan GST pada kadar standard. Persoalan: Sekiranya ada jabatan yang meminta pembekal tidak mengenakan GST ke atas pembekalan perkhidmatan, apa yang perlu dilakukan? Penjelasan dan cadangan: Seharusnya Jabatan itu merujuk kepada pihak Kastam. Sebagai orang berdaftar, syarikat akan mengutip GST ke atas perkhidmatan yang disediakan. Melainkan telah mendapat kelulusan khas daripada pihak autoriti dalam GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pembekal hendaklah mengeluarkan invois cukai seperti biasa jika tiada sebarang pelepasan khusus untuk Jabatan berkenaan. Please follow and like us:

  • GST

    Adakah perlu membeli sistem akaun untuk GST?

    Sistem perakaunan yang bagus dan mematuhi keperluan GST akan memudahkan orang berdaftar menjana dokumen seperti invois cukai dan merekod perbelanjaan yang dikenakan cukai. Pada akhir tempoh bercukai, sistem ini juga boleh menjana laporan penyata cukai dan maklumat di dalam laporan itu diperlukan untuk mengisi Penyata Cukai GST-03. Tanpa sistem perakaunan, agak sukar untuk orang berdaftar mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Transaksi yang banyak boleh menyebabkan kesilapan berlaku apabila ia direkod secara manual. Salah satu tanggungjawab peniaga berdaftar ialah untuk menyimpan rekod yang betul dan mengeluarkan dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan pembekalan.Bagi perniagaan yang tidak banyak transaksi, maka boleh dibuat secara manual. Namun, tinggi risiko kesilapan akan berlaku.Oleh…

  • GST

    Bila perlu menghantar Penyata Cukai GST-03?

      Penyata Cukai iaitu GST-03 perlu difailkan mengikut tempoh bercukai orang berdaftar. Tempoh bercukai ditetapkan mengikut jumlah pendapatan tahunan peniaga. Penyata cukai perlu difailkan setiap bulan jika pendapatan bercukai melebihi RM5 juta. Manakala, peniaga dengan pendapatan kurang RM5 juta perlu memfailkan penyata setiap 3 bulan. Peniaga yang mempunyai pendapatan kurang RM5 juta tetapi ingin memfailkan penyata setiap bulan boleh membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jumlah GST iaitu cukai output dan cukai input untuk semua transaksi yang berlaku dalam tempoh ini akan dilaporkan dalam penyata cukai. Penyata cukai mengandungi maklumat seperti berikut: 1) Pembekalan bercukai 2) Cukai Output yang dikutip 3) Perbelanjaan bercukai 4) Cukai Input yang ditanggung 5)…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial