GATES Academy: Membina bisnes masa hadapan dengan pelaburan dalam pembangunan modal insan

Perjalanan dinamik GATES dalam bidang pendidikan teknologi maklumat “Tahun 2009. GATES bermula sebagai sebuah entiti milikan tunggal. Empat orang pengasas bergabung kepakaran.” Tuan Syafwan berkongsi mengenai latar belakang GATES IT Solutions Sdn Bhd. Dua orang ahli akademik dan dua orang rakan dalam bidang teknologi maklumat (IT) melihat potensi untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan sistem mengikut keperluan…

Puan Anna: Niat memberi pendidikan kepada kanak-kanak menjadi dorongan dalam bisnes Tadika/Taska

Tadika Taska Addin Educare bakal menyambut ulangtahun ke 12 pada 2016. Saya menghadiri majlis meraikan warga kerja pada bulan Disember lalu. Pemiliknya, Puan Anna mengadakan majlis makan untuk menghargai sumbangan semua guru yang bertugas di Tadika dan Taska Addin. Apakah rahsia beliau dapat bertahan dalam bisnes ini? Saya turut berasa bangga dengan pencapaian beliau. Beliau…

Datuk Hj Abdul Rahman Ibrahim – Mata-mata Kini Permata

Nama Datuk Haji Abdul Rahman tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri automobil. Pengasas Kumpulan Rahman Brothers memulakan legasi bisnesnya di Johor Bahru pada tahun 80-an. Syarikatnya turut terlibat dalam industri hartanah dan pelancongan dan umrah. Sejak remaja, saya mengetahui tentang syarikat Rahman Brothers yang beroperasi di Johor Bahru. Pada masa itu, Datuk Rahman belum membuka…

Lapan sebab kenapa Datuk Vida Qu Puteh jadi fenomena dan usahawan berjaya

Datuk Vida Qu Puteh atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mencetuskan fenomena sekali lagi. Beliau akan menaja The Red Warriors dengan dua syarat. Pertama, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu (pink). Kedua, nama pasukan The Red Warriors dijenamakan semula dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Qu…

Tuan Zubair Restoran Tam Nasi Ayam: Dulu COE, sekarang CEO

Usahawan: Tuan Zubair Perniagaan: Restoran Tam Nasi Ayam  “Tahun pertama dan keempat paling mencabar dalam perniagaan saya. Cabaran yang berbeza.” Seorang usahawan banyak berkorban dalam tahun pertama untuk membangunkan bisnes. Segala usaha dan tenaga dicurahkan agar bisnes yang baharu dimulakan dapat memberi pulangan yang baik. “Tidur 3 jam sehari itu biasa. Tidur asal sempat pun…