• Jimat wang,  Media,  Umum

    Temubual Bersama Norsa’adah Ahmad di Bernama WebTV

    Sesi temubual saya bersama Puan Murni sebagai hos WebTV Bernama sudah disiarkan pada hari Khamis, 14 Januari 2016. Rakaman ini dimuatnaik dalam kategori VOD (Video On Demand) Upclose. WebTV Bernama adalah portal TV online yang menyiarkan konten berkualiti dan berita terkini. Portal TV ini salah satu daripada produk Bernama yang sedang meningkat popularitinya. Penonton boleh melayari laman WebTV Bernama atau langgan channel YouTube mereka di sini. Sehingga kini ada 21 video sudah dimuatnaik dengan pelbagai tema perbincangan. Topik saya kali ini ialah mengurus kewangan dalam situasi ekonomi yang mencabar. Antara isu utama dalam perancangan kewangan ialah individu tidak menyimpan rekod kewangan, tidak memahami jenis produk kewangan yang dilanggan dan adakalanya terjebak…

  • Jimat wang,  Umum

    “Hampir RM100 untuk buffet sahaja! Saya rasa bersalah.”

    Kami menginap di hotel untuk menghadiri satu program di lokasi berhampiran. Kononnya ingin mencuba buffet Ramadhan di restoran hotel. “RM105 seorang.” Jawab pegawai di lobi hotel apabila kami bertanya kadar bufet yang ditawarkan. “Kita buka kat tempat lain, dua orang pun tak sampai RM100. Berapa banyak yang boleh kita makan.” Gumam Yati. Sudahnya, kami berbuka di salah sebuah restoran dalam kompleks. RM35 untuk dua orang. Saya teringat kata-kata seorang kenalan, “Saya rasa bersalah jika makan buffet yang mahal. Hampir RM100, ada juga yang lebih. Bagaimana dengan golongan yang kurang mampu. Makan seadanya. Secukupnya saja.” Ya. Saya bersalah juga. Dahulu, saya menyertai jemputan syarikat ke majlis berbuka puasa dan majlis hari…

  • Jimat masa,  Jimat wang

    Bagaimana berjimat di bulan Ramadhan

    Ramadhan masuk hari ke-4. Bulan yang mulia ini menjanjikan pelbagai ganjaran kepada mereka yang berusaha meraih pahala dengan beribadat disamping menjalani kehidupan harian. Salah satu amalan yang digalakkan Islam ialah mengelakkan pembaziran. Keadaan ekonomi dan situasi semasa mempengaruhi kos sara hidup dan harga barang keperluan di pasaran. Bagaimana untuk kita berjimat di bulan Ramadhan? Beberapa idea berikut boleh anda aplikasikan dalam mengawal perbelanjaan dan sedikit sebanyak berjimat daripada segi kewangan. 1. Meletakkan bajet apabila ingin membeli juadah di bazar Ramadhan. Tidak dinafikan, rambang mata apabila melihat pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa. Makanan berat sehinggalah kuih-muih yang menambat selera. Namun begitu, hadkan perbelanjaan anda untuk satu hari. Cara ini  mengelakkan…

  • Jimat wang

    Idea jimat tenaga dari TNB

    Baru-baru ini saya membayar bil elektrik di Cawangan TNB Johor Bahru. Beberapa bunting yang dipamerkan menarik perhatian saya. Idea bernas untuk penjimatan tenaga yang mudah dan praktikal: 1. Cabutkan plag peralatan elektrik untuk menjimatkan tenaga dan wang anda. Selain menutup suis, cabutkan plag peralatan sekaligus. Kaedah ini dapat mengurangkan bil elektrik anda. 2. Ini idea yang sesuai untuk mereka yang mengurus rumahtangga atau menggunakan mesin basuh elektrik. Membasuh dengan muatan penuh dapat menjimatkan tenaga dan masa. Mesin basuh menggunakan tenaga yang banyak. Muatan penuh boleh menjimatkan tenaga kerana ia mengurangkan jumlah basuhan. 3. Penggunaan mentol dan lampu juga boleh menentukan jumlah tenaga yang digunakan. Kini, terdapat pelbagai pilihan mentol jimat tenaga…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial