• Nota Khutbah

    Hari Mahsyar

    “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap), apabila bintang-bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu).” (Surat At-Takwir: 1-3) Kejadian di padang mahsyar atau hari akhirat antara perkara ghaib yang di luar imaginasi manusia. Namun Allah telah memberikan gambaran tentang dahsyatnya hari tersebut. Semua manusia sama ada yang masih hidup pada masa itu atau yang telah meninggal dunia tidak akan terlepas daripada hari kebangkitan. Antaranya ialah: 1. Seorang kelihatan terpinga-pinga dan kebingunan. 2. Kelihatan seperti orang mabuk. 3. Ibu yang mengandung akan keguguran. 4. Anak-anak yang menyusu akan tercampak. Suasana menjadi hiruk pikuk dan kuca-kacir. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada yang berjalan seperti biasa.…

  • Nota Khutbah

    Akhlak dan iman saling seiringan

    “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Al-Mukminun: 1-3) Rasululllah SAW menggambarkan keadaan orang yang muflis pada hari Akhirat tidak sama dengan apa yang dikatakan muflis harta benda di dunia. Dalam hadis nabi disebutkan: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan pahala amalan solat, zakat dan puasa. Akan tetapip dia pernah menghina seseorang dan melontar tuduhan palsu ke atas yang lain, lalu memakan harta orang lain, pernah pula menumpahkan darah orang lain dan pernah menyakiti yang lain. Maka dibahagi-bahagikan pahala kebaikannya kepada orang itu. Dan apabila sudah habis…

  • Nota Khutbah

    Kelahiran insan istimewa satu anugerah

    “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal: 28) Ibu bapa yang dikurniakan anak yang istimewa berpeluang meraih pahala yang besar di sisi Allah SWT. Tidak seperti anak sempurna yang lain, insan yang dilahirkan dengan keistimewaan perlu penjagaan yang rapi dan mungkin ada keperluan lain yang seharusnya diberi perhatian oleh ibu bapa. Amat besar ganjaran bagi pasangan yang sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Kelahiran anak yang secara fizikal atau mental tidak sempurna di mata manusia, namun ia tetap kurniaan daripada Allah SWT. Sabar dan kesungguhan dalam membesarkan dan mendidik anak-anak seperti ini akan menambahkan lagi…

  • Nota Khutbah

    Menjaga hak-hak Allah dengan memelihara hak manusia

    “Maka sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesusah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.” (Ali-Imran: 61) Islam sebagai agama yang disyariatkan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Begitu juga Rasulullah SWT sebagai nabi akhir zaman. Allah mengajar Nabi Muhammad kaedah untuk berhujah dengan kaum musyrikin. Dua kaedah tersebut ialah ‘mubahalah’ dan ‘mula’anah’: Mubahalah Pihak yang berbalah saling doa mendoakan untuk membersihkan diri antara mereka supaya diturunkan laknat ke atas salah seorang daripada mereka yang berhubung. Rasulullah pernah menggunakan kaedah…

  • Harta pusaka,  Nota Khutbah

    Kepentingan Faraid – Pembahagian pusaka untuk orang Islam

    “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka daari peninggalan ibu bapa dan kerabat dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah ditentukan dan diwajibkan.” (An-Nisa’: 7) Faraid atau pembahagian pusaka telah ditetapkan oleh Allah dalam Islam. Ia adalah sebahagian syariat yang menunjukkan keadilan Maha Pencipta. Hanya Allah SWT jua yang mengetahui hikmah di sebalik penetapan Faraid. Walau bagaimanapun, kita dapat belajar daripada perkara ini. Hal pembahagian pusaka boleh jadi perkara yang sensitif di kalangan ahli keluarga dan waris. Pengurusan yang bijak dan telus dapat membendung isu perebutan harta dan hak milik waris yang…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial