• GST,  Penerbitan

    Akan Terbit – GST untuk Bisnes dan Peniaga

    300,730 peniaga sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk regim cukai baru GST (Goods and Services Tax). GST akan menggantikan sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan mulai 1 April 2015. 84 peratus (252,613) daripada pendaftaran adalah peniaga yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun. 16 peratus (48,117) pula adalah pendaftaran secara sukarela. Kesemua 300,730 peniaga ini akan mula mengutip GST daripada pengguna mengikut jenis pembekalan. Apakah jenis pembekalan bercukai di bawah GST? Bagaimana cara yang betul untuk melaksanakan GST di peringkat peniaga? Penulis menyenaraikan 40 soalan penting untuk memahami GST dan pelaksanaannya di Malaysia. —————————— Antara soalan yang bakal terjawab: —————————— – Apakah itu GST? – Bagaimana mendaftar sebagai orang…

    Ulasan Dimatikan pada Akan Terbit – GST untuk Bisnes dan Peniaga
  • Penerbitan

    Bicara Buku 3 Jan 2015

    Sekitar program Bicara Buku bersama MPH di Bangi Getaway, S15 Bangi Selangor. @jan Dua jam terasa sekejap. Bersama Dr Noor Hayati Yasmin dan DJ Ali membicarakan buku kami terbitan Truewealth Sdn Bhd. Terima kasih buat rakan-rakan dan khalayak yang hadir dan berkongsi masa anda dengan kami. Semoga bermanfaat. MPH Bookstores mengedarkan buku kami di semua cawangan di seluruh Malaysia. Dapatkan naskhah anda melalui kedai buku atau secara atas talian di laman web www.mphonline.com Please follow and like us:

  • Penerbitan

    Bicara Buku 3 Januari 2015 di MPH

    Bicara buku dua penulis membawakan perkongsian tentang menulis buku dan mengurus kekayaan. Dr Noor Hayati Yasmin, seorang doktor menghasilkan Mudahnya Menulis Buku dan berkongsi bagaimana menulis buku pertama anda dan buku-buku seterusnya. Norsa’adah Ahmad, seorang perancang kewangan berkongsi tentang pengurusan kekayaan menurut syariat Islam. Kedua-dua buku ini sudah diulang cetak. Apakah inspirasi di sebalik penerbitan kedua-dua buku ini? Bagaimana buku ini dapat membantu anda untuk mengambil tindakan penting dalam hidup anda? Bertemu penulis dan kongsikan pengalaman dan pandangan anda pada hari Sabtu, 3 Januari 2015 dari jam 2.00 petang hingga 4.30 petang. Hadir dan bawa rakan-rakan dan keluarga anda ke: Lokasi: MPH Book Fair, Concourse Area, Bangi Getaway Shopping Complex,…

  • Penerbitan

    Mudahnya mengurus kekayaan dalam Islam

    Harta benda sebahagian daripada rezeki Allah kepada hamba-Nya. Islam memberi panduan untuk menguruskan harta benda dan kekayaan dengan berkesan.¬†Orang Islam bertanggungjawab menguruskan kekayaan berpandukan syariah bermula dengan mencari sumber pendapatan yang halal, membelanjakan harta dan akhirnya mengagihkan harta kepada waris secara khusus atau masyarakat secara umum. Buku Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam berkongsi dengan pembaca perkara-perkara utama dalam menguruskan kekayaan. Sesiapa jua yang memiliki wang, emas, hartanah, perniagaan dan lain-lain termasuk dalam kategori orang yang kaya walaupun pada tahap yang berbeza. Islam sebagai cara hidup memberi panduan yang mudah untuk menguruskan kekayaan dan harta. Pelbagai penyelesaian praktikal berlandaskan syariah telah dihuraikan para ulama untuk mengatasi dilema kewangan peribadi anda. Ketahui:…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial