• Blog

    Kerana Semangkuk Soto

    Saya datang lagi ke Perpustakaan Awam Johor. Kali ini berjanji dengan seorang kenalan penerbit. Dia selalu berada di sini untuk menyiapkan tugasan. Katanya suasana tenang dan tempat makan pun disediakan. Kami berbual-bual hal buku. Sesekali bagus juga ada kenalan dalam bidang yang sama. Bersemangat mendengar tentang projek buku yang akan dihasilkan. Jadi, saya juga mesti bersungguh-sungguh menyiapkan kerja penerbitan yang sudah dirancang. Azan berkumandang. Sememangnya saya rancang mahu balik awal. Saya sempat siapkan satu entri blog sebelum menutup komputer riba. Kenalan saya mengajak makan tengah hari di Ilmu@Kafe. Kedai makan yang dibina menggunakan kabin kontena 20 kaki. Tahun lepas saya datang ke Perpustakaan, ia masih dalam proses binaan. Sudah beroperasi…

  • Blog

    Fotoblog – Jalan dan Orang yang Tidak Dikenali

    Cabaran bulan ini ialah ambil gambar dan tulis entri di blog. Dua kemahiran digabungkan iaitu fotografi dan menulis. Kita namakan cabaran ini cabaran Fotoblog. Sekarang ini mudah sahaja dengan adanya fungsi kamera di telefon. Hanya perlu snap gambar mengikut prompt yang diberikan. Nak menulis di blog pun senang. Muat turun aplikasi WordPress atau Blogspot di telefon pintar anda. Tulis on-the-go. Cabaran kali ini dicadangkan oleh rakan blogger, En Sharulnizam yang mempunyai minat dalam bidang fotografi. Lihat sahaja gambar yang beliau ambil seperti gambar Tambi dan daun yang cantik. Jeles. Suatu hari nanti saya mahu belajar fotografi. (Dah berapa kali ulang ni 🙂 Baiklah. Untuk entri pertama dalam cabaran fotoblog saya…

  • Blog

    30 Pencetus Idea bulan September 2019 untuk Foto Blog

    Bagi bulan September, seorang rakan blogger mencadangkan untuk membuat cabaran foto blog. Gabungan gambar dan blog. Buat peminat fotografi atau yang orang yang suka mengambil gambar, jangan lepaskan peluang untuk mengasah bakat merakam foto dan menulis sekaligus. Saya sediakan 30 perkataan pencetus idea. Caranya:1. Pilih 1 perkataan.2. Ambil gambar berdasarkan perkataan yang diberi.3. Buat satu entri blog dengan menggunakan gambar itu. Boleh tulis sajak, certot, tempat gambar di ambil, kisah di sebalik gambar dan sebagainya.4. Buat sekurang-kurangnya 15 entri, iaitu 1 gambar selang sehari. Jom menulis di blog. Please follow and like us:

  • Blog

    Menelusuri Sejarah dan Budaya di Muzium Negara dan Muzium Diraja

    Pertemuan kedua geng blogger dalam tahun ini. Tak sangka dalam tempoh singkat dapat berkumpul dan berukhuwah lebih erat lagi. Kali ini kami jalan-jalan di Kuala Lumpur. Tujuan utama ialah melawat Muzium Negara dan Muzium Diraja. Asalnya, cita-cita tinggi nak pergi ke beberapa muzium iaitu Muzium Negara, Muzium Diraja, KL City Gallery, Muzium Kesenian Islam dan Galeri BNM. Nampaknya, kami hanya sempat ke dua buah muzium, Istana Negara (yang tiada dalam rancangan) dan Pasar Seni. Muzium Negara Kami berkumpul di Muzium Negara pukul 10 pagi. Masing-masing dari lokasi berbeza sekitar Lembah Klang. Ini kali kedua saya datang ke Muzium Negara dalam tahun ini. Ada rakan yang sudah 5 kali datang ke…

  • Blog

    Cara Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar

    Saya sering kali melihat iklan set straw dalam beg kain yang dicetak nama. Selepas kempen tidak menggunakan straw nampaknya syarikat itu giat menjalankan promosi di Facebook. Nampak cantik dan kemas. Satu set mengandungi straw biasa, straw saiz besar, straw dengan hujung yang bengkok sedikit dan berus straw. Semasa hadir ke program ORBIT, kami menerima satu set straw stainless steel ini sebagai cenderahati. Bagus juga. Saya simpan elok-elok hadiah ini. Kempen memelihara alam sekitar sepatutnya bermula dari rumah. Kadang-kadang saya rasa pelik juga, banyak sampah yang saya terpaksa buang. Kotak, botol plastik, botol air mineral dan kertas. Terima barang yang dihantar oleh kurier, ada sampul kurier yang perlu dibuang. Banyak betul…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial