• Blog,  Buku

    Hari Ini Dalam Sejarah

    Pada hari ini saya pergi ke Perpustakaan Awam Johor di Jalan Yahaya Awal. Saya menyerahkan 60 buah buku Projek Lavender 2 sebagai koleksi perpustakaan. Sudah sampai ke sini, saya mendaftar sebagai ahli di kaunter masuk. Isi borang dan terima kad keahlian. Sah untuk setahun. Perpustakaan ini ada tiga tingkat. Tingkat 1 (bawah) untuk kanak-kanak, Tingkat 2 untuk remaja dan dewasa, Tingkat 3 pula pejabat. Saya naik ke Tingkat 2. Mahu melihat-lihat buku di rak. Mana tahu ada judul menarik yang saya boleh pinjam dan bawa balik. Ahli boleh meminjam sehingga 15 buah buku untuk tempoh 2 minggu. Lumayan. Bulan lepas saya meminjam 3 buku daripada Perpustakaan Raja Tun Uda di…

  • Blog

    Perkara yang Saya Lakukan Bersama Kawan Baik

    Lingkungan sahabat saya tidak besar. Tinggal pun bukan dekat. Tapi sesekali bertemu ada perkara yang kami lakukan bersama. Seperti orang lain juga. Makan. Travel. Saya senang bertemu sahabat sambil makan-makan. Ah.. usah ditanya apa yang kami makan. Saya ingat lagi semasa saya bekerja di Shah Alam, saya selalu bertemu Haiza di Ikano Power Centre, Damansara. Lepas balik kerja kami bertemu di sana. Kadang-kadang makan di Ikea atau makan di Sushi King. Pernah kami berjanji untuk berbuka puasa di Sushi King dan menikmati promosi Bonanza Sushi. Masa itu harganya RM2 sahaja. Baru-baru ini saya makan di Restoran Astana dengan sahabat saya. Kami menikmati hidangan nasi plov dan menu yang berasal dari…

  • Blog,  Travel

    Kemahiran yang Saya Mahu Pelajari Tahun ini

    Tinggal empat bulan berbaki tahun 2019. Apa yang saya boleh lakukan dalam suku tahun terakhir ini? Sudah pasti kerja penulisan dan penerbitan buku diteruskan, walaupun agak perlahan. Dalam entri lalu, saya menyebut yang saya mahu belajar fotografi. Ia satu kemahiran. Saya akan cuba juga buat tahun ini. Perlu mengumpul modal untuk membayar yuran ke kelas fotografi. Moga tertunai impian saya. Selain belajar fotografi, saya juga ingin belajar travel dengan ringkas dan ringan. Selalunya saya akan travel dengan kawan-kawan secara berkumpulan lebih 5 orang. Meriah la juga. Saya akan melakukan sesuatu yang berbeza sedikit pada bulan Oktober nanti. Saya akan travel dari Hanoi ke Kunming. Travel berdua sahaja. Kami perlu cross-border…

  • Blog

    Kenangan Merdeka

    Aku dan teman serumah keluar sebelum maghrib. Aku sudah lupa ke mana. Mungkin pergi ke kedai makan berhampiran atau jalan-jalan di kompleks beli-belah berhampiran rumah kami. Hari itu ialah hari cuti. Meraikan Hari Kebangsaan. Aku tidak pulang ke kampung kerana ia cuti tengah minggu. Tak berbaloi pula memandu balik ke selatan tanah air dan perlu bercuti pula. Jadi kami ambil keputusan untuk keluar sekejap. Usai makan, kami terus memandu untuk pulang ke rumah. Sudah hampir pukul 9 malam. Tiada apa yang mahu dikejarkan. Sahabatku itu memandu seperti biasa. Entah kenapa, sampai sahaja di plaza tol keretanya tiba-tiba berhenti. Ah… sudah. Tak kan kami tersadai di plaza tol pada hari merdeka.…

  • Blog

    Baju Tradisional

    Arashiyama, Kyoto, Jepun. 2017. Musim luruh. Kami menaiki keretapi dari Osaka menuju ke Kyoto. Sebuah bandar lama dan mahu melihat hutan buluh yang menjadi tumpuan pelancong itu. Turun di stesen kereta api dan berjalan kaki ke Arashiyama. Hari yang cerah. Kami menyeberang jambatan dan berhenti sekali sekala mengambil gambar. Orang ramai mula memenuhi kali lima deretan kedai yang panjang. Kelihatan gadis dan jejaka memakai pakaian tradisional Jepun. Kimono dan yukata. Sememangnya ada di antara kami yang mahu menggayakan kimono dan sudah menyediakan bajet untuk sewa sepasang kimono yang cantik. Saya? Antara mahu dengan tidak. Akhirnya saya hanya menemankan mereka memilih kimono yang disukai. Saya dibenarkan masuk ke ruang persalinan. Kami…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial