• Saham

    Apa itu syarikat PN17 dan GN3 di Bursa Malaysia?

    Syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui proses permohonan yang ketat. Ini bagi memastikan kepentingan pelabur terjamin dan syarikat yang berkualiti masuk ke Papan Utama (Main Board) atau Papan ACE (ACE Board). Pemantauan pencapaian syarikat sentiasa dilakukan dan salah satu syarat yang mesti dipatuhi ialah laporan kewangan setiap suku tahunan mesti dilaporkan tidak lebih 60 hari selepas berakhir tempoh suku tahun. Oleh sebab itu, pada bulan ini (Ogos) banyak syarikat mengumumkan laporan kewangan mereka bagi tempoh berakhir 30 Jun 2019. UTUSAN misalnya mengumumkan kerugian RM3.8 juta bagi suku tahun kedua 2019. Dalam masa yang sama Bursa Malaysia memberi notis PN17. Apakah itu PN17 (Practice Note 17)? Syarikat yang disenaraikan akan…

  • Analisa Syarikat,  Saham

    Kemelut Utusan Melayu (Malaysia) Berhad

    Saya singgah di stesen Shell berhampiran. Mahu membeli sekotak susu Nestle sebagai bekal. Sampai di kaunter, saya lihat seorang pelanggan memegang naskhah Utusan Malaysia. “Sekarang susah nak dapat suratkhabar Utusan ni. Berapa ya harganya? Kata dah naik.” Katanya sambil membelek-belak halaman akhbar. “Makin nipis. Dulu saya suka baca sisipan di dalam. Saya memang selalu baca Utusan. Anak nak pergi mana?” “Nak ke Tebrau, pakcik.” “Oh, boleh hantarkan Pakcik ke ‘simbeng’?” Saya terpinga-pinga. Simbeng apa? “Dekat Maybank, dekat dengan bulatan tu.” Oh, CIMB Bank rupanya. Blur sekejap nak decode ‘simbeng’. Saya hantarkan ke CIMB yang tidak jauh dari stesen Shell. Sempat juga dia bercerita dan berpesan. “Pakcik ni Cina, tapi suka…

  • Saham

    Adakah Saya Perlu Hadir Ke Annual General Meeting?

    Dua sampul surat bersaiz A4 dihantar Abang Posmen semalam. Tertera di sampulnya kod saham syarikat yang saya pegang. Kod ini dicetak di atas nama dan alamat saya. Saya buka sampul surat. Isi surat ini ialah notis Annual General Meeting atau Mesyuarat Agung Tahunan. Dua notis AGM daripada dua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai pemegang saham yang sah, saya layak untuk hadir ke AGM dan mengundi bagi sebarang keputusan yang dibincangkan. Namun begitu, saya mestilah disahkan masih lagi memegang saham pada satu tarikh yang ditetapkan. Senarai pemegang saham akan disemak semula pada satu tarikh, iaitu seminggu sebelum tarikh AGM. Sekiranya pada tarikh itu saya belum menjual pegangan saham saya…

  • Berita Korporat

    BERITA KORPORAT – 15 JANUARI 2019

    Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) memiliki kawalan majoriti dalam syarikat Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd (MPAS), meningkatkan pegangannya daripada 49.94% kepada 60% dengan nilai RM64.24 tunai. D’Nonce Technology Berhad melantik pengarah eksekutifnya yang baharu iaitu Lim Teck Seng sebagai CEO berikutan perletakan jawatan Kuah Choon Ching pada 10 Jan. FGV Holdings Bhd mengenalpasti RM350 juta aset bukan utamanya untuk dilupuskan. Beberapa aspek untuk perkongsian juga dikenal pasti untuk mengukuhkan syarikat, kata Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid. PBA Holdings Bhd, unit dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd memohon kenaikan tarif air untuk mengumpul modal sebanyak RM501 juta bagi pelaburan ke atas lima projek bekalan air…

  • Analisa Syarikat,  Saham

    CARIMIN: Carimin Petroleum Group 52W New High

    CARIMIN: Carimin Petroleum Group 52W New High Dalam tempoh 52 minggu atau satu tahun, harga saham CARIMIN mencecah harga tertinggi yang baru iaitu RM0.495 pada 3 Jan 2019. Kemudian, ia ditutup pada harga RM0.50. Jumlah dagangan juga melebihi 15 juta dengan nilai sebanyak RM7.7 juta. Ini merupakan lonjakan nilai dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya iaitu RM2 juta. CARIMIN ialah syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas. Ditubuhkan pada 1989. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan tenaga kerja, pembinaan dan pelengkapan serta perkhidmatan. Kebanyakan kerja yang dilakukan berkaitan industri minyak dan gas luar persisir (off shore). Saham syarikat ini mula didagangkan di Bursa Malaysia pada 10 Nov 2014. Harga IPO ialah…

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial